PUASA SAH ATAU TIDAK
PUASA SAH ATAU TIDAK? - Sepasang suami isteri bersama pada waktu malam, tidak mandi wajib sebelum tidur, dan hanya terjaga pada waktu Subuh, lalu mandi wajib selepas masuk Subuh? - Seorang lelaki yang mimpi basah, mendapati ada air mani, tetapi menangguhkan mandi wajib selepas azan Subuh kerana takut tidak sempat sahur? - Seorang wanita yang bangun pada waktu Subuh, dan mendapati haidh sudah tiada, dan dia yakin haidhnya sudah kering sebelum masuk Subuh lagi berdasarkan bukti-bukti yang ada. Adakah puasa kesemua insan di atas sah? أَنَّ عَائِشَةَ ، وَأُمَّ سَلَمَةَ أَخْبَرَتَاهُ : " أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ " ‘Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memasuki waktu Subuh dalam keadaan dia sudah berjunub dengan isterinya. Kemudian baginda mandi dan berpuasa [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1800] K