SOALAN DAN JAWAPAN 4

DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

Jawapan

sahih, dalil hadith
قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." HR Muslim, #744 (lidwa)
cara nak amalkan sunnah ini:
1. amalkan doa2 yg diajar oleh Nabi saw ketika sujud
2. tidak boleh tertinggal dari mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa. Maka yg terbaik berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.
3. doa ketika sujud ada dua jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 1:235)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan