Tanda-tanda Kecil Kiamat 36

36/131 Bila  Harta Fa-i' (الفيء) dimonopoli (أن يتخذ الفيء دولا )
al-Fa-i'= adalah harta yang diperolehi dari musuh tanpa perang sptNabi memperolehinya dari kampung Banu Nadir dan Fadak, di mana org yahudi melarikan diri sebelum tentera Nabi tiba. al-Fai' juga bermaksud cukai dari non-muslim,  Jizyah atau spt hari ni cukai pendapatan (income tax) dari org bukan Islam dan corporate tax ke atas perniagaan mereka. atau apa jua cukai yg dikenakan kpd bukan Islam, Harta ni adalah milik negara, dalilnya:
مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُم
Terj: "Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”. (QS. Al-Hasyr: 6-7)
Namun sebagai tanda kecil Kiamat, harta atau cukai ke atas non-Muslim ini beredar di kalangan golongan penguasa sahaja. sebagaimana hadith:
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي
المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan),  HR Termidzi, beliau menilainya dha'if, namun ada juga muhaddith yg menilainua hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan
الراوي : أبو هريرة المحدث : الشوكاني
المصدر : نيل الأوطار الصفحة أو الرقم: 8/262 خلاصة حكم المحدث : حسن لغيره
syaikh ben othaimin, dha'if tapi ada syahid atau penguat.
الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن عثيمين
المصدر : الضياء اللامع الصفحة أو الرقم: 633 خلاصة حكم المحدث : هذا الحديث وإن كان ضعيف السند لكن له شاهد
syarah: Jika hadith ni hasan, maksudnya cukai atau income-tax (khususnya dari non-muslim) tidak diagihkan secara saksama, banyak berlegar di kalangan pemerintah dan ada negeri dan kumpulan sasaran tidak mendapat nikmat dari agihan cukai.  Misalnya Kelantan yg berada di tangan kerajaan pembangkang, ia tidak mendapat agihan yg mencukupi utk rakyat jelata mendapat bekalan air bersih, sistem jalan raya 4 lorong utk jalan2 utama dna pembangunan yg seimbang dengan negeri2 yg lain. ��

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan