Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Satu Keinsafan (bahagian pertama)

17 Muharram 1437H 30 Oktober 2015M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم (Bahagian pertama) Satu keinsafan... Bagaimanakah engkau boleh berehat-rehat, melihat, mendengar perkara yang sia-sia dan laghaa, berbelanja hanya untuk memenuhi nafsumu, menghabisi masa dengan bercerita tentang manusia dan dunia. Mengumpat, mengata, menghina, memperkecilkan manusia hatta sahabat-sahabatmu sendiri, darah daging ukhuwah mu sendiri. Sedangkan kejahilan masih meluas lagi. Manusia tenggelam dengan amarah dan syahwat lagi, maksiat menggila di luar sana. Islam masih terhijab dari pengetahuan mereka, yang tidak solat lebih ramai daripada yang bersolat, yang tidak menjaga aurat lebih ramai  daripada yang menjaga aurat. Islam dijadikan kosmetik oleh setengah manusia. Islam dijadikan pendapatan lumayan oleh ramai mereka. Islam dijadikan sumber khayalan keseronokan nafsu mereka. Dimana dakwah kita, dimana seriusnya tarbiyyah kita kepada ummah...

Ancaman Bagi Mereka Yang Menentang Sunnah Rasulullah dan Menyalahi Al-Jamaah

Ancaman Bagi Mereka Yang Menentang Sunnah Rasulullah dan Menyalahi al-Jamaah Allah berfirman: وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيرًا "Dan barangsiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan dia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali".(an-Nisaa` 4:115) Imam Ath-Thahawi rahimahullah berkata: ونتبع السنة والجماعة ونجتنب الشذوذ والخلاف والفرقة “Dan kami mengikuti sunnah dan jama’ah, serta menjauhi penyelewengan, perselisihan, dan perpecahan”. Kemudian Syeikh Al-Albani rahimahullah menjelaskan: “As-Sunnah adalah jalan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan al-jama’ah adalah jama’ah kaum muslimin, iaitu para sahabat baginda dan orang-orang yang mengiku

Hukum Membaca Zikir, Baca Quran Atau Lainnya

Melakukan zikir kepada Allah atau membaca al-Qur'an, kedua-duanya adalah amalan yang dianjurkan (sunat). Namun jika amalan ini dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain; seperti orang yang sedang beribadah, sedang tidur dan sebagainya maka ia menjadi haram. Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata: أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ. "Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Ja

Seandainya sesuatu itu baik, pasti generasi sahabat akan melakukannya

Seandainya sesuatu itu baik, pasti generasi sahabat akan melakukannya! Al-Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim: وأما أهل السنة والجماعة فيقولون في كل فعل وقول لم يثبت عن الصحابة: هو بدعة؛ Adapun Ahlus Sunnah wa alJamaah, mereka berkata tentang setiap perbuatan dan perkataan yang tidak tsabit daripada para sahabat: Ia adalah perkara bid'ah. لأنه لو كان خيرا لسبقونا إليه، Ini kerana jika ia baik, pastilah mereka (iaitu para sahabat nabi) telah mendahului kita kepadanya. لأنهم لم يتركوا خصلة من خصال الخير إلا وقد بادروا إليها Ini kerana para sahabat tidak akan meninggalkan sebarang amalan kebaikan melainkan mereka akan bersegera melakukannya. [Tafsir al-Quran al-Azhim, jilid 7, m/s 278-279] Renungilah perkataan Imam Malik ini: قَالَ ابْنُ الْمَاجِشُونِ : سَمِعْتُ مَالِكًا يَقُولُ : Ibn al-Majisyun berkata: Aku mendengar Imam Malik berkata: " مَنِ ابْتَدَعَ فِي الْإِسْلَامِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً ، Sesiapa yang mereka-reka di dalam agama Islam satu rek