Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Usah Jemu Dan Bosan Dalam Beramal

26 Syawal 1436H 11 Ogos 2015 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم Susah payah dalam ketaatan di dalam kehidupan dunia yang pendek dan sementara ini adalah untuk kesenangan dan kebahagian ketika bertemuNya di dalam kehidupan akhirat yang kekal dan tiada penghujung, selama-lamanya... يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ ﴿٦﴾ Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya. (Al-Insyiqaq: 6) Kenapa manusia cepat sangat merasa jemu? Nak salahkan syaitan? Muhasabah diri terlebih dahulu tanpa mencari pihak mana yang perlu dipersalahkan akibat daripada perbuatan diri sendiri. Walaupun sesuatu itu menjadi asbab kepada kejadian yang berlaku. Adakalanya, dalam berdakwah sekalipun. Oleh kerana kesalahan itu kecil dan anda telah memberikan teguran berkali-kali, anda merasa bosan dan jemu dan itu membuatkan anda senang dihasut ama