SOALAN DAN JAWAPAN 12

Soalan

PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

Jawapan
*Isbal=melaburkan kaki pakaian melebih buku lali
Khilaf yg muktabar. Ini kerana ada illat atau sebab ia dilarang:
من جر ثوبه خيلاء ، لم ينظر الله إليه يوم القيامة . فقال أبو بكر : إن أحد شقي ثوبي يسترخي ، إلا أن أتعاهد ذلك منه ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إنك لن تصنع ذلك خيلاء . قال موسى : فقلت لسالم : أذكر عبد الله : من جر إزاره ؟ قال : لم أسمعه ذكر إلا ثوبه
Terj:
“Barangsiapa menjulurkan pakaiannya karena sombong, tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat. Abu Bakar lalu berkata: ‘Salah satu sisi pakaianku akan melorot kecuali aku ikat dengan benar’. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘Engkau tidak melakukan itu karena sombong’.Musa bertanya kepada Salim, apakah Abdullah bin Umar menyebutkan lafadz ‘barangsiapa menjulurkan kainnya’? Salim menjawab, yang saya dengan hanya ‘barangsiapa menjulurkan pakaiannya’. ”. (HR. Bukhari 3665, Muslim 2085)

Ini kerana pakaian org Islam adalah mengikut adat dan budaya sesuatu tempat. Budaya pakaian arab saudi misalnya, mereka hanya memakai jubah putih 24/7 utk semua keadaan, kerja, kenduri, ke mesjid. jubah putih satu2nya pakaian mereka. Manakala lelaki muslim di Malaysia mereka kebanyakannya mmakai seluar yg berasal dari Eropah dan cuttingnya adalah bawah pada buku lali. Oleh kerana semua cutting ini sama utk semua orang, maka tak ada langsung unsur sombong kepada pemakainya. Unsur kesombongan di zaman kini ialah JENAMA. seluar buatan BOSS, Levi's, Bonia, Guy Laroche, Dockers, dll. Jadi hukum isbal kepada masyarakat yg berubah dari pakai sarung kpd memakai seluar Barat, maka isu isbal tidak ada lagi melainkan isu jenama...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan