Tanda-tanda Kecil Kiamat 38

‼️38/131 Tidak bersihnya jiwa dengan berzakat-Zakat sebagai cukai (أن لا تطيب نفوس الناس باخراج زكاتهم (والزكاة مغرما )
Dalil:
نْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا وَ الزَّكَاةُ مَغْرَمًا
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), zakat dihutang (tidak dibayar) HR Termidzi, beliau mendhaifkan namun ada ulama yg mensahihkan (lihatanda 36-37)
Illatatau sebab asal pengeluaran zakat segala macam harta adalah utk membersihkan jiwa, mmbersihkan harta dan mendekatkan diri pemilik harta kpd pemberi harta itu (Allah),Zakat bukanlah tax atau cukai.

syarah:
akhir zaman zakat dilihat sebagai sama dengan income-tax dan umat Islam liat membayarnya. mereka melihatnya seperti cukai atau hutang dari kerajaan. Ini tanda kiamat yg berlaku sebaik saja Nabi wafat, di mana beberapa kabilah di Yaman enggan membayar zakat kerana ia anggap sebagai cukai, namun abu Bakar segera memerangi mereka di Yemen. Oleh kerana era pertanian atau agrarian diganti oleh era perindustrian dan perdagangan, maka zakat juga perpindah dari zakat pertanian kpd zakat gaji atau maal al-mustafaad. Ini kerana gaji pegawai jauh lebih besar dari pendapatan petani. Maka fuqaha lebih fokus kpd zakat gaji dan upah dari zakat ke atas komoditi pertanian. namun umat islam cua sedaya upaya utk melarikan diri mereka dari berzakat. Maka ini adala tanda kiamat kecil yg sedang berlaku. ��

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan