Ilmu yang memberi manfaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hujjatul Islam Al Imam Ghazali rahimahullahu ta'ala menyebut dalam kitabnya Bidayatul Hidayah:

العلم النافع :
Ilmu yang memberi manfaat itu ialah

هو ما يزيد في خوفك من الله تعالى،
ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah SWT

ويزيد في بصيرتك بعيوب نفسك،
ilmu yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu

ويزيد في معرفتك بعبادة ربك،
ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Tuhanmu Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya

ويقلل من رغبتك في الدنيا،
ilmu yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia

ويزيد في رغبتك فني الآخرة،
ilmu yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat

ويفتح بصيرتك بآفات أعمالك حتى تحترز منها،
ilmu yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya

ويطلعك على مكايد الشيطان وغروره 

ilmu yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaitan dan tipuannya.
(Bidayatul Hidayah)

Bila khauf ( خوف ) muncul di hati dengan sentuhan ilmu, mujahadah mendidik nafsu wajiblah dilalui...

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾ 

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)
(An-Nazi'at: 40-41)

Bila mata hati dapat melihat keaiban diri sendiri...

Akan timbul perasaan rendah diri dan usaha untuk mengislah diri.

الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت

Orang yang paling cerdik ialah seorang yang menilai dirinya dan beramal untuk hidup selepas mati.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Bila kenal Allah Azza wa Jalla...

Muncullah rasa khauf dan mahabbah sehinggalah lahirnya ubudiyyah yang mutlaq dan ikhlas kepadaNya.

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ 

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus,
(Al-Bayyinah: 5)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan