Bimbangi HIjab Ghaflah (Kelalaian)...

09 Syaaban 1436H
27 Mei 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bimbangi hijab ghaflah (kelalaian)...

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١﴾ مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٢﴾ لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ ۗ .....(٣)

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.(1) Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya (2) Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya...(3)
(Al-Anbiya': 1-3)

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴿٣٩﴾

Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman.
(Maryam: 39)

Merawat dan mengubati hati yang ghaflah (lalai)

1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat kerana segala kebaikan ada di dalamnya. Maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di dalamnya.

وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين)رواه البخاري

Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya".

2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samada dengan lidah mahu pun dengan hati.

فعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال: ( مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت)

Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati".

3. Bersama dengan majlis-majlis zikir yang dapat mendekatkan ingatan hati padaNya...

فعن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله قال: (إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا) قالوا: وما رياض الجنة؟ قال: (حلق الذكر) أخرجه الترمذي

Daripada Anas bin Malik RH: Rasululullah SAW telah bersabda:
"Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka raikanlah". Sahabat bertanya, "Apakah dia taman-taman syurga?". Nabi SAW bersabda, "perkumpulan zikir".

4. Dekati Allah melalui kalaamNya iaitu Al Quran

قال خبَّاب بن الأرتِّ رضي الله عنه: (تقرّب إلى الله ما استطعت، واعلم أنك لن تتقرب بشيء أحب عليه من كلامه)

Khabbab bin Al Arat RH berkata:
"Dekatilah Allah semampu yang engkau boleh dan ketahuilah engkau tidak akan dapat mendekatiNya dengan sesuatu yang terlebih Dia kasih melainkan dengan KALAMNYA (Al-Quran)".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan