Apa kepentingan Tauhid dalam Kehidupan

🌿Apa kepentingan Tauhid dalam kehidupan?🌿

Kepentingannya adalah untuk menjadikan kita orang muslim yang mukmin. Dengan tauhid inilah Allah 'azza wa jalla akan membalas kita dengan balasan yang paling terbaik yakni syurga.

Tuntutan ini sesuai dengan apa yang Allah 'azza wa jalla firmankan:

🔊“Orang-orang beriman itu tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik) mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

[Al-Ana’am : 82]

✅Kesannya, bila benar aqidah kita maka segala macam apa yang kita perlukan akan terus diminta kepada Raja segala Raja yakni Allah 'azza wa jalla.
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

🔊“Apabila kamu meminta mintalah kepada Allah, dan apabila kamu minta tolong minta tolonglah kepadaNya.”

[Hadith Riwayat oleh Imam at-Tirmidzi]

Apabila seseorang mukmin itu ditimpah suatu penyakit, maka ia akan mudah sembuh insya-Allah kerana pengharapannya 100% kepada Allah, tidak mengharap dengan yang lain.

Oleh itu, bila kita faham akan kepentingan tauhid dan keutamaannya pada hidup kita, secara automotiknya kita akan menolak segala macam dukun-dukun, bomoh-bomoh dsb kerana fitrah tidak menerimanya.

Lihatlah bagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendidik para Sahabat dengan tauhid, sehingga menjadikan mereka insan-insan yang berani, berkualiti sehingga hari ini nama-nama mereka disebut.
🏻Justeru itu, apabila aqidah kita lurus, mudah bagi Allah menurunkan pertolongan kepada kita. Insya-Allah.

Selain itu, Allah menghapus dosa-dosa orang yang bertauhid.

Rasullullah shallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Allah 'azza wa jalla berfirman:

🔊"...Wahai bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, sedangkan engkau ketika mati tidak menyekutukan Aku sedikit pun juga, pasti Aku akan berikan kepadamu ampunan sepenuh bumi pula."

[Hadith Riwayat Imam at-Tirmidzi dan beliau berkata "Hadith ini hasan gharib".]

Tambahan pula, orang-orang yang bertauhid ini Allah akan buka pintu rezekinya.

ﻭَﻣَﻦ ﻳَﺘَّﻖِ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳَﺠْﻌَﻞ ﻟَّﻪُ ﻣَﺨْﺮَﺟًﺎﻭَﻳَﺮْﺯُﻗْﻪُ ﻣِﻦْ ﺣَﻴْﺜُﻠَﺎ ﻳَﺤْﺘَﺴِﺐ

ُ" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberi-nya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka"

[Ath-Thalaq: 2-3]

Selain itu, orang yang bertauhid kepada Allah Subhanahu waTa'ala dijamin masuk syurga.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ﻣَﻦْ ﻣَﺎﺕَ ﻭَﻫُﻮَ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺃَﻧَّﻪُ ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﺩَﺧَﻞَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ .

🔊“Barangsiapa yang mati dan ia mengetahui bahawa tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Allah, maka ia masuk Syurga.”

[Hadith Riwayat Imam Muslim]

🔊"Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, ia masuk Syurga."

[Hadith Riwayat Imam Muslim]

🏻Di samping itu Allah menjanjikan bahawa siapa yang ada sedikit iman di hatinya walaupun ketika itu dia dimasukkan ke dalam neraka, maka Allah akan memasukkannya ke syurga kerana imannya tersebut.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

🔊"Setelah penghuni Syurga masuk ke Syurga, dan penghuni Neraka masuk ke Neraka, maka setelah itu Allah Azza wa Jalla pun berfirman,

‘Keluarkan (dari Neraka) orang-orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi iman!’

Maka mereka pun dikeluarkan dari Neraka, hanya saja tubuh mereka sudah hitam legam (bagaikan arang).

Lalu mereka dimasukkan ke sungai kehidupan, maka tubuh mereka tumbuh (berubah) sebagaimana tumbuhnya benih yang berada di pinggiran sungai.

Tidakkah engkau perhatikan bahawa benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat?”

[Hadith Riwayat Imam al-Bukhari]

Demikianlah keutamaan orang-orang yang bertauhid. Sebenarnya banyak lagi keutamaan, hanya ini yang dapat disampaikan.

Wallahu'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Memuliakan Tetamu dan Jiran