Seandainya sesuatu itu baik, pasti generasi sahabat akan melakukannya

💠[Seandainya sesuatu itu baik, pasti generasi sahabat akan melakukannya!]💠

✏Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah di dalam Tafsir al-Qur'an al-‘Azhim:

وأما أهل السنة والجماعة فيقولون في كل فعل وقول لم يثبت عن الصحابة: هو بدعة؛

Adapun Ahlus Sunnah WalJamaah, mereka berkata tentang setiap perbuatan dan perkataan yang tidak tsabit daripada para sahabat: Ia adalah perkara bid'ah.

لأنه لو كان خيرا لسبقونا إليه،

Ini kerana jika ia baik, pastilah mereka (iaitu para sahabat nabi) telah mendahului kita kepadanya.

لأنهم لم يتركوا خصلة من خصال الخير إلا وقد بادروا إليها

Ini kerana para sahabat tidak akan meninggalkan sebarang amalan kebaikan melainkan mereka akan bersegera melakukannya.

📚[Tafsir al-Qur'an al-‘Azhim, jilid 7, m/s 278-279]

✨Renungilah perkataan Imam Malik ini:

قَالَ ابْنُ الْمَاجِشُونِ : سَمِعْتُ مَالِكًا يَقُولُ :

🔊Ibn al-Majisyun berkata: Aku mendengar Imam Malik berkata:

" مَنِ ابْتَدَعَ فِي الْإِسْلَامِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً ،

Sesiapa yang mereka-reka di dalam agama Islam satu rekaan yang dia anggap baik,

زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَانَ الرِّسَالَةَ

maka dia telah menyangka bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah mengkhianati risalah.

لِأَنَّ اللَّهَ يَقُولُ : ( الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ ) ، فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِينًا ، فَلَا يَكُونُ الْيَوْمَ دِينًا

Ini kerana Allah telah berfirman: (Pada hari ini telah aku sempurnakan agama kalian untuk kalian). Apa-apa yang bukan merupakan sebahagian agama pada hari itu, maka ia tidak akan menjadi agama pada hari ini.

📚[Rujuk Al-I'tisham oleh al-Imam asy-Syatibi rahimahullah, jilid 1, m/s 64-65]

☝🏻Mereka yang melakukan bid’ah (dalam konteks ibadah madhah) pada hakikatnya ialah orang yang tidak meyakini kesempurnaan dan kelengkapan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad sallallahualahi wasalam.

Seakan-akan mereka merasakan wujud kekurangan pada agama ini yang masih memerlukan kepada pembaikan (ralat) atau pengubahsuaian bagi menjadikannya sebagai satu agama yang ‘lengkap’ dan ‘sempurna’ berbanding apa yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih.

Padahal sejak awal lagi Allah S.W.T telah pun menegaskan akan kesempurnaan dan kelengkapan ajaran Islam ini, agama yang diredai-Nya bagi umat Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang termaktub di dalam surah al-Maidah, ayat 3.

🔊Abu Dzar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مَا بَقِيَ شَيْءٌ يُقَرِّبُ مِنَ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُ مِنَ النَّارِ إِلاَّ وَقَدْ بُيِّنَ لَكُمْ.

🔸Tidak tertinggal sesuatu pun yang mendekatkan (kamu) ke Syurga dan menjauhkan (kamu) dari neraka kecuali sesungguhnya telah dijelaskan kepada kamu (semuanya)." – Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 1647.

🔹Sungguh, tiada di antara kita yang meragui bahawa para sahabat meniti di atas jalan kebenaran. Maka, jalan siapakah yang kita ikuti dalam beragama di zaman ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Memuliakan Tetamu dan Jiran