Wasiat Terakhir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيْرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّيْنَ الرَّاشِدِيْنَ، تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.

▶"Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepas (kewafatan) aku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku. Gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham (kamu) dan jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama ini) kerana ia adalah bid'ah. Sedangkan setiap bid'ah itu (adalah) sesat." [Silsilah ash-Shahihah, no. 2735]

💡Pengajaran hadis:

1⃣- Nabi mengkhabarkan bahawa selepas kewafatannya kelak, umat Islam akan menghadapi perselisihan yang begitu banyak.

2⃣- Dalam menghadapi suasana perselisihan ini, baginda mengarahkan umat Islam supaya berpegang teguh kepada sunnahnya dan juga sunnah para sahabatnya, khususnya para khulafa' al-Rasyidin yang empat.

3⃣- Keengganan untuk kembali kepada sunnah Nabi dan para Sahabatnya dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan adalah antara penyebab terbesar kepada berlakunya perpecahan yang berpanjangan dalam kalangan umat Islam.

4⃣- Dalam hadis yang sama juga baginda telah mengingatkan agar hendaklah umat Islam menjauhi perkara-perkara bid'ah, iaitu sesuatu yang diada-adakan dalam urusan agama baik dalam bentuk keyakinan atau amalan yang tidak bersumberkan daripada ajaran dan juga anjuran Rasulullah dan para Sahabat.

5⃣- Baginda menegaskan bahawa setiap bid'ah itu adalah sesat. Justeru orang yang mencipta atau melakukan sesuatu bid'ah dalam urusan "AGAMA" adalah termasuk dalam golongan yang terkeluar daripada petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Memuliakan Tetamu dan Jiran