Soalan Maut kepada Penggemar Bid'ah

Soalan Maut kepada Penggemar bid'ah.

1) Adakah tatacara ibadah Nabi masih kurang sempurna sehingga ia perlu ditokok tambah?

2) Adakah tatacara ibadah Nabi kurang menyeronokkan sehingga terpaksa mencipta tatacara ibadah baharu yang menyeronokkan?

3) Adakah kamu sudah amalkan KESEMUA sunnah Nabi yang SAHIH secara konsisten tanpa terkecuali satu pun dari sunnah baginda sebelum sibuk beramal dengan amalan yang TIDAK ADA tunjur ajarnya dari Nabi dan para sahabatnya?

4) Siapa yang memberi izin kepada kamu mencipta kaedah / tatacara ibadah sendiri?

5) Adakah ibadah rekaan kamu itu dijamin berpahala? Jika ada, mana buktinya dari wahyu Allah?

6)  Jika tiada bukti, adakah kamu memiliki kuasa setaraf dengan Allah dalam mencipta kaedah ibadah sendiri dan menjanjikan pahala kepada manusia yang mengamalkannya?

7) Jika tiada jaminan dari wahyu Allah bahawa ibadah rekaan itu (bid'ah) diperintahkan dan diberi pahala, kenapa perlu sibukkan diri dengan amalan yang sia-sia?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan