JALAN MANAKAH YANG BENAR?

💡JALAN MANAKAH YANG BENAR?💡

Kita mencari jalan yang lurus, akan tetapi di hadapan kita terlalu banyak simpangnya. Semua mendakwa mereka di pihak yang benar.

Aliran salafi mendakwa mereka di pihak yang benar. Aliran sufi mendakwa mereka di pihak yang benar. Ironinya, masing-masing menjenamakan diri masing-masing dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Semua berebutkan 'title' Ahlus Sunnah tersebut kerana ia merupakan satu gelaran yang akan memberikan status 'quo' kepada si pemiliknya.

Lalu bagaimana?

Tips saya, walau terlalu banyak ciri lain, lihatlah pada beberapa ciri berikut:

1- Dalam memilih, ikhlaskan diri, sucikan hati, tetapkan diri untuk mencari kebenaran.

2- Pegang erat-erat al-Quran dan as-Sunnah.

3- Lihatlah pada beberapa perkara berikut:

A- Aliran manakah yang sangat serius dalam isu tauhid vs syirik? Pilihlah aliran atau kumpulan yang konsisten mempertahankan tauhid dan sangat sensitif kepada syirik dan perkara yang membawa kepada syirik.

B- Aliran manakah yang sangat serius memastikan setiap penghujahan mesti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah? Pilihlah alirah atau kumpulan yang konsisten di atas manhaj ini.

C- Aliran atau kumpulan manakah yang sangat menekankan agar mengetahui status kesahihan hadis sebelum disebarkan? Pilihlah aliran atau kumpulan yang konsisten di atas manhaj ini.

D- Aliran manakah yang sangat asyik mempromosi tokoh-tokoh mereka? Tinggalkanlah aliran ini atau kumpulan yang konsisten di atas manhaj ini.

E- Aliran manakah yang sangat asyik mencerca para ulama yang tidak sependapat? Tinggalkanlah aliran ini atau kumpulan yang konsisten di atas manhaj ini.

F- Aliran manakah yang sering berhujah mustahil guru mereka salah? Tinggalkanlah aliran ini atau kumpulan yang konsisten di atas manhaj ini.

Akhir kata, berdoalah kepada Allah.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati, tetapkan lah hati ku di atas agama mu.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita.

👤 Mohd Masri Mohd Ramli

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan