(Bahagian akhir) Pedoman buat para pendakwah di sepanjang liku jalan dakwah...

01 Safar 1437H
13 November 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Pedoman buat para pendakwah di sepanjang liku jalan dakwah...

Melihat dengan hati nuran, merasai dengan kehalusan budi, berfikir dengan kejernihan akal dan jiwa, berkata dengan kata-kata yang dipenuhi dengan ruhiyy...

Menurut Dr Wahbah Zuhaili dalam Tafsir Al Munir, ayat 34 itu diturunkan kepada Abu Sufyan bin Harb, suatu masa dia seorang musuh yang suka menyakiti Rasulullah SAW, lalu ia menjadi penolong yang mulia.

Diriwayatkan juga ayat itu diturunkan pada Abu Jahal, dia seorang yang sentiasa menyakiti Nabi SAW, namun Nabi SAW diperintahkan agar memaafkannya.

Memanglah jalan dakwah dipenuhi dengan ranjau dan kesusahan, sikap permusuhan dan ancaman dari berbagai bentuk perangai manusia yang merupakan mad'un kepada para da'ie. Apa yang perlu dilakukan oleh da'ie ialah memakai pedoman akhlak yang dititipkan oleh Allah SWT. Yang Maha Penyantun (Al Hilm), Lagi Maha Lembut (Al Latif)...

Menurut Ibnu Abbas RA:

"Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman dengan bersabar ketika berhadapan kemarahan, lemah lembut berhadapan kejahilan, kemaafan terhadap kejahatan. Apabila mereka melakukan yang demikian, nescaya Allah akan melindungi mereka daripada syaitan, dan Dia akan menundukkan musuh mereka seolah-olah kawan yang setia".

Da'ie menyeru manusia kepada Allah Azza wa Jalla dan kepada agamaNya yang suci. Maka para da'ie mestilah menjauhkan dakwahnya dari penguasaan nafsu, emosi, kebencian, permusuhan yang hanya menjauhkan manusia dari jalan Allah...

Berdepan dengan permusuhan syaitan manusia, Allah ta'ala memerintahkan agar menolaknya dengan cara ihsan, agar dapat dikembalikan ke jalan yang benar, namun berdepan dengan permusuhan berpanjangan dari syaitan dari jenis jin, tiada jalan lain melainkan berta'awwuz iaitu berlindung dengan pertolonganNya jua.

Justeru, asuhlah dan didiklah dirimu wahai para pendakwah dengan pakaian akhlaq yang mulia demi perjuangan dakwah yang penuh berliku ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan