Ancaman Bagi Mereka Yang Menentang Sunnah Rasulullah dan Menyalahi Al-Jamaah

Ancaman Bagi Mereka Yang Menentang Sunnah Rasulullah dan Menyalahi al-Jamaah

Allah berfirman:

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيرًا

"Dan barangsiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan dia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali".(an-Nisaa` 4:115)

Imam Ath-Thahawi rahimahullah berkata:

ونتبع السنة والجماعة ونجتنب الشذوذ والخلاف والفرقة

“Dan kami mengikuti sunnah dan jama’ah, serta menjauhi penyelewengan, perselisihan, dan perpecahan”.

Kemudian Syeikh Al-Albani rahimahullah menjelaskan:

“As-Sunnah adalah jalan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan al-jama’ah adalah jama’ah kaum muslimin, iaitu para sahabat baginda dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Maka, mengikuti mereka adalah petunjuk, sedangkan menyelisihi mereka adalah kesesatan"

Allahua'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan