Munafik

Orang munafik adalah orang yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran.

Allah ta'ala banyak menyebutkan sifat-sifat mereka di dalam Al-Qur'an.

Ini kerana kejahatan mereka tersembunyi dan tidak jelas seperti orang kafir. Ini disebabkan mereka berada di kalangan orang Islam.

Allah ta'ala berfirman:

وإن تصبهم سيئة يقولوا هذه من عندك

"Apabila mereka ditimpa dengan sesuatu yang buruk, mereka berkata: (KEBURUKAN) ini adalah DARIPADA ENGKAU (iaitu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam)." [An-Nisa':78]

Seorang ulama berkata:

كان المنافقون إذا وقعت مصيبة في الدنيا أو الدين ألحقوها بخير المرسلين ﷺ، يفرحون بالمصائب لتشويه الخصوم

"Dahulu, orang-orang munafik apabila terjadi suatu musibah samada musibah dunia atau musibah agama, mereka akan menghubunkannya kepada sebaik-baik Rasul (Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam). 

Mereka bergembira dengan musibah-musibah yang terjadi untuk memburukkan musuh-musuh mereka (yang terdiri daripada kaum Muslimin)." [AAT]

Orang munafik, dahulu dan sekarang, tidaklah berubah sifat mereka. Sifat mereka tetap sama. Yang berbeza hanyalah individu, masa dan tempat.

Jangan jadi  orang munafik.

Ya Allah,  kami berlindung dengan-Mu daripada kemunafikan, perselisihan dan akhlak yang buruk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan