Usah Jemu Dan Bosan Dalam Beramal

26 Syawal 1436H
11 Ogos 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Susah payah dalam ketaatan di dalam kehidupan dunia yang pendek dan sementara ini adalah untuk kesenangan dan kebahagian ketika bertemuNya di dalam kehidupan akhirat yang kekal dan tiada penghujung, selama-lamanya...

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ ﴿٦﴾

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(Al-Insyiqaq: 6)

Kenapa manusia cepat sangat merasa jemu? Nak salahkan syaitan? Muhasabah diri terlebih dahulu tanpa mencari pihak mana yang perlu dipersalahkan akibat daripada perbuatan diri sendiri. Walaupun sesuatu itu menjadi asbab kepada kejadian yang berlaku. Adakalanya, dalam berdakwah sekalipun. Oleh kerana kesalahan itu kecil dan anda telah memberikan teguran berkali-kali, anda merasa bosan dan jemu dan itu membuatkan anda senang dihasut amarah terhadap orang yang anda dakwah.

Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menurut 'Aun al-Ma'bud, Allah SWT tidak jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi seseorang tidak jemu beramal.

Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memberatkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama".

Rasulullah juga pernah bersabda;
"Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Begitu juga dalam usaha mengajak ke arah ajaran Islam yang benar, dakwah hendaklah dilakukan dengan berhemah supaya apa yang disampaikan mudah diterima golongan yang didakwah serta diikuti dengan hati penuh ikhlas.

ALLAH tidak bosan MENGAMPUNI hambaNya

Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, salah seorang dari kami melakukan dosa"

Berkata Rasulullah,
"Ditulis dosa itu"

Berkata laki-laki itu,
"Lalu orang itu meminta ampun dan bertaubat"

Berkata Rasulullah,
"Diampuni dia dan diberi taubat"

Berkata laki-laki itu,
"Lalu orang itu kembali mengerjakan dosa itu"

Berkata Rasulullah,
"Ditulis dosa itu"

Berkata laki-laki itu,
"Lalu orang itu kembali minta ampun dan bertaubat atas dosa itu"

Berkata Rasulullah,
"ALLAH ampuni dan diberi taubat baginya dan tidaklah ALLAH bosan selama kamu tidak bosan minta ampun atau bertaubat".
(Hadith Riwayat Ath-Thabrani)

Justeru, usah jemu dan bosan dalam beramal...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan