Tanda-tanda Kecil Kiamat 15

15/131 Munculnya talibarut penguasa yang amat kejam
Dalil:
يكونُ في هذه الأُمَّةِ في آخِرِ الزَّمانِ رِجَالٌ مَعهُمْ سِياطٌ كأنَّها أَذْنابُ البَقَرِ ، يَغْدُونَ في سَخَطِ اللهِ ، و يَرُوحُونَ في غضبِهِ
الراوي : أبو أمامة الباهلي المحدث : الألباني
المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 1893 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
Terj:
Akan ada pada umat ini di akhir zaman orang-orang -atau beliau bersabda, ‘Akan keluar beberapa orang dari umat ini di akhir zaman-, mereka membawa cambuk-cambuk bagaikan ekor sapi, mereka pergi di pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan kemarahan-Nya" HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Alnbani, silsilah al-Sahihah no 1893
Tanda ke 15 ialah munculnya di akhir zaman barua atau algojo penguasa zalim yang melakukan tindakan ganas dan kejam kepada rakyat atau musuh politiknya. maksud mereka membawa cemti seperti ekor lembu ilah kerasnya siksaan mereka mengguna pelbagai peralatan utk menyiksa manusia spt cambuk, kejutan elektrik  dan cakar besi.
hadith kedua: hadith abu Huraira ra
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّـارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ...
الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم
المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2128
‘Ada dua kelompok dari penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat; satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuk manusia..
kalau dibaca catatan sejarah Ikhwan Muslimin,mereka antara yg paling teruk disiksa oleh penguasa mesir, dilayan spt banduan jenayah. dan di bawa as-sisi, lebih 500 dijatuhkan hukuman mati
mencambuk=menyiksa, salah satunya sebat dengan cemeti spt ekor lembu
di bawah as-Sisi, presiden Egypt dr Militeri
Hadith ke3:
إِنْ طَالَتْ بِكَ مُدَّةٌ أَوْشَكْتَ أَنْ تَرَى قَوْمًا يَغْدُونَ فِـي سَخَطِ اللهِ وَيَرُوحُونَ فِي لَعْنَتِهِ فِي أَيْدِيهِمْ مِثْلُ أَذْنَابِ الْبَقَرِ.
“Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat satu kaum yang pergi pada pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan laknat-Nya, di tangan-tangan mereka ada (cambuk) bagaikan ekor sapi. HR Muslim, no 2857
Ini ada di sepanjang zaman, di zaman Imam Ahmad, Imam Ahmad di penjara dan disebat kerana enggan menyatakan Al quran makhluk, begitu juga Imam Ibn taymiyah di penjara hingga mati. tanda kiamat ini berulang, yakni ada penguasa yg zalim, yg memiliki kakitangan yang ganas dan kejam yang menyiksa rakyat jelata.
Bayangkan manusia mengecap kenikmatan di bawah pemerintahan Nabi saw dan selepas itu kerajaan khilafah ar-raasyidin selamat 30 tahun, aman damai, namun dalam kerajaan ummayad dan abbasid, muncullah pelbagai kekejaman. antara yg paling dahsyat ialah perang Hurrah, di mana tentera yazid pimpinan general Muslim menyerang dan meranapkan Madinah selama 3 hari, gara2 keengganan penduduk Madinah enggan menerima kekhalifahan Yazid mengganti Muawiyah ra.
Selepas itu tentera Ibn Ziyad bertindak kejam dengan membunuh seluruh keluarga ahli bayt di padang pasir Karbala tanpa belas kasihan.
Bermula dgn era Yazid yg bantai Madinah, Hurrah, karbala, menbantai ahlil bayt dan Mekah, membantai Ibn Zubair dan melastik Mekah dan runtuhnya Kaabah.
Zaman abbasiah, ketika Muktazilah menguasai negara, ulamak ahli sunnah disebat dan dipenjara termasuk Imam Ahmad..

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan