Tanda-tanda Kecil Kiamat 14

14/131 Memerangi bangsa Turki
dalil hadith:
لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا الترك صغار الأعين حمر الوجوه ذلف الأنوف كأن وجوههم المجان المطرقة ولا تقوم الساعة حتى تقاتلوا قوما نعالهم الشعر
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 2928 خلاصة
Terj:
"Tidak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi bangsa Turki yg bermata kecil, wajah kemerahan & hidungnya penyek. Wajah mereka seakan seperti perisai yg menutupi kulit. Dan tak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi kaum yg bersandal bulu" HR Bukhari no 2928
syarah:
Bangsa Turki dalam hadith ni adalah diperselisihkan akan maksudnya. Menurut kitab sejarah islam, bangsaTurki ni adalah keturunan Yafits bin Noah, juga keturunan Qanthura' (seorang khadam Nabi Ibrahim), cucu Nabi Nuh, Afridan dan negara asal mereka ialah Turkistan. menurut Mulla ali al-Qarim bangsa Turki adalah bangsa yang terlepas dari benteng Zulkarnain. Jadi Turki ni bukanlah saja bangsa Turki sekarang, bahkan bangsa yang luas meliputi juga bangsa tartar.
Peperangan dengan bangsa Turki atau bangsa mata sepet ni terjadi di zaman Muawiyah pada pertama kali, kemudian kali kedua pada zaman Imam nawawi, tahun 650 Hijrah, ketika bangsa Tartar menyerang dan melumpuhkan kerajaan Abbasiah. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith, yakni perang antara islam dengan tartar menurut Ibn Hajar dan Imam Nawawi.
Rumusan: Ia tanda yang telah berlaku, iaitu peperangan Islam dengan bangsa yang disebut oleh Nabi saw sebagai bangsa Turki dan dijelaskan sifat2nya , kulit merah, mata sepet dan memakai sandal dari bulu adalah bangsa Tukistan, juga tartar. pertembungan dgn bangsa keturunan Turki ini bermula di zaman sahabat, kemudian di zaman abbasiah dengan dinasti seljuk, mamluk dan kemudian tartar yg diketuai oleh Jengiz Khan. nanmgsa tartar ini akhirnya memeluk Islam dan kemudian membantu Islam dgn perluasan jajahan ke India dan istanbul..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan