Tanda-tanda Kecil Kiamat 13

13/131 Munculnya Api dari Hijaz (Medinah)
Dalil hadith:
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَخْبَرَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ نَارٌ مِنْ أَرْضِ الْحِجَازِ تُضِيءُ أَعْنَاقَ الْإِبِلِ بِبُصْرَى
Terj:
"Hari kiamat tak akan tiba hingga api keluar dari tanah Hejaz yg bisa menyinari tengkuk unta di Bushra" HR Bukhari no 7118 (dorar.net)
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7118 خلاصة
Tanda Kiamat kecil yg sudah berlalu ialah munculnya api yg besar di pinggir Medinah tahun 654H yg tingginya hingga org badui dapat melihat unta2 mereka di bandar Bushra atau Hauran di Syria.
Ibn katsir mencatat peristiwa api ini dalam dua kitabnya al-Fitan dan al-Bidayah jilid 13. manakala Imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim (Jld 18) mencatat peristiwa api tsb, bahawa ia berlaku pada zaman dia.
syarah:  api itu sebenarnya adalah akiviti gunung berapi di lembah Harrah Rahat Medina pada tahun 1256M. secara khususnya di Jabal al Malsa di Medina lebih kurang 25KM dr airport medinah. Medina mmg termasuk dalam rangkaian gunung berapi dan gempa. Letupan gunung berapi 1256 ini adalah tanda Kiamat yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai api dari Medina. Ia berlangsung selama 50 hari dan lava itu hanya 4KM sahaja utk sampai ke mesjid Nabawi. Peristiwa ini dicatat dalam banyak kitab dan ia peristiwa yg mutawatir dan disahkan oleh kajian kaji gunung berapi antarabangsa.

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan