Mengejar Istiqamah,Bukan Karamah

06 Rejab 1436H
25 April 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Mengejar istiqamah bukan karamah. Mengejar karamah sering memutikkan rasa takabbur, riya' dan 'ujub, manakala istiqamah menarik redha Allah kepada hambaNya...
كن صاحب الإستقامة ولا طالب الكرامة، فإن نفسك متحركة في طلب الكرامة وربك عز وجل يطالبك بالإستقامة
( نقل من سراج الطالبين شرح منهاج الطالبين )
"Jadilah seorang yang beristiqamah dan bukannya yang mengejar kemuliaan (karamah); sesungguhnya nafsumu bergerak-gerak mahukan kemuliaan (karamah) sedangkan Tuhanmu 'azza wa jalla menuntutmu dengan istiqamah".
(Dipetik daripada kitab Sirajut Tholibin syarah Minhajul Abidin)
Tarbiyyah bukan semata-mata pembentukan dan penjelasan fikrah. Mestilah ada penghalusan akhlak dan adab, penghalusan hati dan jiwa, pengukuhan ruhiyy dan pengasuhan nafsu..
Akal boleh terperangkap dengan kejahilan, taqlid, taksub, rigid dan statik jika tidak diimbangi dengan kehalusan hati juga jiwa dan ruh yang sentiasa disegarkan dengan ibadah dan zikrullah serta keterikatan dengan kitab Allah...
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
إبراهيم ١
Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Ibrahim: 1)
Justeru, perhalusilah tarbiyyah dirimu agar engkau menjadi seorang yang kuat dan mampu bertahan di atas jalan perjuangan yang jauh ini...

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan