Kerasnya Hati

07 Rejab 1436H
26 April 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Kenapa hati tidak berasa silap dan bersalah, tidak rasa berdosa, sedangkan hidup penuh dengan silap, salah dan dosa...
Itulah akibatnya bila tiada kehalusan hati dan jiwa...
عن ابن مسعود ما رواه البخاري في صحيحه عنه رضي الله عنه، ورواه مسلم انه قال :
Daripada Ibn Mas'ud apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ia telah berkata:
إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه.
Dosa dilihat oleh seorang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya, namun bagi seorang fajir (pendosa) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis2...
Puncanya bila:
1. Iman tidak menguasai hati
2. Tidak merasai jijiknya dosa
3. Tidak takut dengan cercaan dan azab terhadap pendosa
4. Dosa terlalu banyak dan besar
5. Memperkecilkan dosa
عن ثوبان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه
Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya seseorang insan terhalang daripada mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya".
(Hadith Riwayat Ibn Majah)
Takutilah Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan, dan berakhlaklah bersama manusia dengan akhlak yang baik.
Justeru, muhasabahlah hatimu...

Catatan popular daripada blog ini

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Beza Pendapat Bukan Pecah Belah

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan