Catatan

Jika Tergoda Untuk Berbuat Maksiat

Jika tergoda untuk berbuat maksiat... Kata Imam Ibn Qayyim rahimahullah; كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات Setiap kali kamu berhasrat untuk berbuat maksiat maka ingatlah 3 ayat Allah ; ألم يعلم بأن الله يرى Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat? ولمن خاف مقام ربه جنتان Dan barangsiapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya maka baginya dua syurga ومن يتق الله يجعل له مخرجآ Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka (Allah) menjadikan baginya jalan keluar Sungguh apabila mengenangkan apa yang ada di sisi Allah itu adalah lebih baik, maka bersabar atau menanggung kesusahan sebentar di dunia ini adalah sangat berbaloi!

Sikap Suka Membandingkan

02 Rejab 1436H 21 April 2015M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم Sikap suka membandingkan ilmu, amal dan diri sendiri dengan diri orang lain bakal menjerumuskan seseorang ke lembah kesombongan dan keangkuhan. Memperhina dan memperkecilkan orang lain, juga memunculkan hasad dengki, kebencian dan permusuhan...tambah bila hati terhijab dari kesedaran bahawa hakikat segala kebaikan itu datangnya daripada Dia... قَالَ ي...

Tafsir Nama Allah (Rahman..Rahim)

Tafsir Nama Allah.. Rahman..Rahim👇 Nama dzat: Allah. Kata ini adalah nama untuk Rabb. Dikatakan bahawa Allah adalah al-ismul a’zham (nama yang paling agung) kerana nama itu menyandang segala macam sifat. Kalau kita sebut ar-Rahman, itu hanyalah sifat Pemurah Allah sahaja. Kalau kita sebut ar-Razzaq, itu menyentuh tentang sifat Allah memberi rezeki sahaja. Tapi, apabila kita gunakan nama Allah – ianya merangkumi semua sifat-sifat Allah itu. Nama Allah merupakan nama yang tidak diberikan kepada sesiapa pun selain diriNya, yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Oleh kerana itu, dalam bahasa Arab tidak diketahui dari kata apa nama itu berasal. Maka diantara para ahli nahu mengatakan bahawa nama Allah itu adalah ismun jamid, iaitu nama yang tidak mempunyai kata dasar. Nama sifat: ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahim (Maha Penyayang). Dua-dua nama ini berasal dari kata dasar – ar-Rahmah. الرَّحْمَٰنِ ar-Rahman diibaratkan seperti kasih seorang bapa kepada anaknya. Ayah itu sanggup ...

Pandanglah Orang Di Bawahmu Dalam Masalah Dunia

Isnin,  1 Rajab 1436 H / 20 April 2015 M 👤 Ustadz Firanda Andirja, MA 📗 Kitabul Jāmi' | Bulughul Māram 🔊 Hadits 02 | Pandanglah Orang yang di Bawahmu dalam Masalah Dunia ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم : "اُنْظُرُوْا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوْا نِــعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ." مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Dari Abu Hurair ah Radiyallahu anhu ia berkata: Rasūlullāh Sallallāhu 'Alayhi Wasallam bersabda: “Lihatlah orang-orang yang berada di bawah kalian, dan janganlah melihat orang yang berada di atas kalian karena hal itu lebih pantas agar kalian tidak menganggap rendah nikmat Allāh yang telah dianugerahkan kepada kalian.” (Muttafaqun ‘alaih).

Angan-angan Yang Mustahil Untuk Dicapai

هل تعرفون ما هي الأمنيات المستحيلة ؟ ياليتني - كنت ترابا ياليتني - قدمت لحياتي ياليتني - لم أوت كتابيه ياليتني - لم أتخذ فلاناً خليلا ياليتنا - أطعنا الله وأطعنا الرسولا ً ياليتني - اتخذت مع الرسول سبيلاًً ياليتني - كنت معهم فأفوز فوزاً عظيما أمنيات مستحيلة يمكننا إدراكها الآن فلنتداركها ما دمنا أحياء ! Tahukah anda apa dia angan2 yg mustahil utk d capai? 1. Alangkah baiknya aku jdi tanah.(d akhirat) 2.alangkah baiknya klu aku d kembalikan kehidupan d dunia(baru nk beramal) 3.alangkah baiknya tidak d dtgkn buku amalan yg d lakukan sewaktu hidup 4.alangkah baiknya dulu sewaktu d dunia aku tidak mengambilnya sebagai kekasih 5.alangkah baiknya klu aku ikut rasul(ajarannya)sewaktu d dunia 6.alangkah baiknya Kita taat pd Allah Dan rasul sewaktu di dunia 7.alangkah baiknya aku bersama mereka(sewaktu d dunia)maka aku juga akan berjaya spt mereka.

Basmallah

Ayat 1:بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم - Kata basmallah ini adalah satu lafaz yang amat hebat. Tidak diberikan kepada agama-agama lain. Tidak diberikan kepada orang Yahudi dan tidak diberikan kepada agama Kristian. بِسْمِ اللَّهِ Dengan Nama Allah; apabila kita kata ‘dengan’, sepatutnya ada ayat sebelum itu. Ada ulama yang kata ayat sebelum itu adalah “aku mula membaca Quran ini adalah….” disambung: ‘dengan nama Allah yang bersifat Rahman dan Rahim’. Tapi yang berkata بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ini adalah Tuhan sendiri. Jadi Tuhan suruh kita baca atau Tuhan yang baca? Sebenarnya, Tuhan suruh kita baca. Jadi, ayat yang penuh adalah: “Katakanlah, aku membaca surah ini dengan menyebut nama bagi Allah.” Hufuf بِ ‘ba’ dalam بِسْمِ itu adalah sesuatu yang menjadi perbincangan ulama. Apakah yang dimaksudkan olehnya? Huruf ‘ba’ itu mempunyai banyak kegunaan dalam bahasa Arab. Ulama mengatakan terdapat 20 makna yang boleh diambil apabila ada penggunaan ‘ba’ itu. P...

Tanda-tanda Kiamat Kecil 9

Tanda kiamat kecil yg ke 9 9/131 Terjadinya Perang Siffin (perang besar antara sahabat) Dalil hadith akan perkhabaran Nabi saw itu ialah: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ يَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7121 Terj: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak terbunuh di antara dua kelompok tersebut, yang seruan mereka adalah satu" HR Bukhari, no 7121 dan juga Muslim Selepas fitnah pembunuhan uthman ra dan perang Jamal, inilah tanda Kiamat kecil yang dimaksudkan oleh hadith di atas menurut Imam Ibn Hajar dalam al-Fath (Jld 13). Siffin adalah di tepi sungai Furat di Iraq dan jumlah kematian di kedua-dua belah pihak ialah besar sekitar 70,000 menurut Ibn Hajar. 9/131 (akhir) Fiqh hadith: 1. Ia adalah tanda kecil Kiamat yang telah terjadi pada tahun 37H 2. perang siffin merubah senario umat ...