Berhati-Hati Terhadap Bid’ah

Ibn Hazm rahimahullah pula berkata di dalam kitabnya Al-Muhalla (3/293):
Tentang BidAah

هما عيد الفطر من رمضان، وهو أول يوم من شوال، ويوم الأضحي، وهو اليوم العاشر من ذي الحجة، ليس للمسلمين عيد غيرهما، إلا يوم الجمعة وثلاثة أيام بعد يوم الأضحى لأن الله تعالى لم يجعل لهم عيدا ما ذكرنا ولا رسول صلى الله عليه وسلم، ولا خلاف بين أهل الإسلام في ذلك

Maksudnya: “Kedua-duanya (perayaan Islam) adalah hari raya (aidil) Fitri daripada bulan Ramadhan iaitu pada awal bulan Syawal dan hari raya korban iaitu pada hari kesepuluh Dzulhijjah. Tidak ada bagi kaum muslimin perayaan melainkan dua perayaan tersebut, kecuali pada hari Jumaat dan tiga hari selepas korban (11, 12 dan 13 Dzulhijjah – edt) kerana Allah Ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjadikan bagi mereka itu perayaan melainkan apa yang telah kami sebutkan dan tidak ada khilaf diantara ahlul Islam pada yang demikian.” (Dinukilkan dari Al-Jami’u Li Ahkam Al-‘Aidain, Abu Abdullah Zaid bin Hasan bin Sholeh Al-Wusobi Al-‘Umari, Maktabah ‘Ibadurrahman Mesir, hal 9)

Maka dengan penjelasan Ibn Hazm di atas ini jelas bahawa tidak ada perayaan selain dari dua tersebut iaitu hari raya puasa (fitri) dan hari raya korban. Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata: “Jika seandainya upacara peringatan maulis Nabi itu benar-benar dari agama yang diredhai Allah, nescaya Rasulullah menerangkan kepada ummatnya, atau baginda melakukannya semasa hidup baginda atau paling tidak ia dilakukan oleh para sahabat. Maka jika semua itu tidak pernah dibuat, jelaslah bahawa hal itu bukan dari ajaran Islam sama sekali.” (Tahdzir Minal Bid’ah, Edisi Terjemahan; Berhati-Hati Terhadap Bid’ah, Jahabersa, hal 9)

Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah berkata: “Kami mengatakannya sebagai perbuatan bid’ah kerana perayaan seperti ini (Maulid Nabi) tidak mempunyai dasar dari Al-Quran dan As-Sunnah, serta tidak dilakukan oleh salafus soleh pada kehidupannya tiga generasi yang terpilih. Perayaan ini muncul pada akhir abad ke 4 Hijrah yang dipelopori kaum Fatimiyah yang bermazhab Syi’ah.” (Al-Bid’ah, Ta’rifuha Wa Anwauha Wa Ahkamuha, Edisi Terjemahan; Murnikan Ibadah Jauhi Bid’ah, Pustaka at-Tazkia, Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan, hal 58)

Demikianlah berkenaan perayaan Maulid Nabi itu tidak ada dari ajaran agama Islam yang sepatutnya kita hendaklah meninggalkannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang tidak ada di atasnya dari perintah kami, maka ianya tertolak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, lihat Al-Arba’in An-Nawawi, no: 5)

Bahkan sebahagian kelompok pula menipu sebahagian manusia dengan menukilkan sebahagian perkataan Ibn Taimiyah rahimahullah dengan mengambil kata-katanya secara terputus lalu dikatakan Ibn Taimiyyah rahimahullah membolehkan perayaan Maulid. Padahal sekiranya diambil perkataannya Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah secara keseluruhan, akan jelaslah bahawa beliau melarang mengadakan perayaan maulid tersebut. Syeikhul Islam berkata:

وكذلك ما يحدثه بعض الناس ، إما مضاهاة للنصارى في ميلاد عيسى عليه السلام ، وإما محبة للنبي صلى الله عليه وسلم ، وتعظيمًا . والله قد يثيبهم على هذه المحبة والاجتهاد ، لا على البدع- من اتخاذ مولد النبي صلى الله عليه وسلم عيدًا . مع اختلاف الناس في مولده . فإن هذا لم يفعله السلف ، مع قيام المقتضي له وعدم المانع منه لو كان خيرًا . ولو كان هذا خيرًا محضا ، أو راجحًا لكان السلف رضي الله عنهم أحق به منا ، فإنهم كانوا أشد محبة لرسول الله صلى الله عليه وسلم وتعظيمًا له منا ، وهم على الخير أحرص . وإنما كمال محبته وتعظيمه في متابعته وطاعته واتباع أمره ، وإحياء سنته باطنًا وظاهرًا ، ونشر ما بعث به ، والجهاد على ذلك بالقلب واليد واللسان. فإن هذه طريقة السابقين الأولين ، من المهاجرين والأنصار ، والذين اتبعوهم بإحسان.

Maksudnya: “Dan demikian pula yang diadakan oleh sebahagian manusia, baik tujuannya untuk menghormati orang-orang Nasrani pada kelahiran ‘Isa alaihissalam  atau kerana mencintai Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam serta mengagungkannya. Dan Allah akan memberi mereka pahala atas kecintaan dan kesungguha
n ini, tidak di atas perbuatan bid’ah tersebut bagi siapa yang menjadikan kelahiran Nabi sebagai perayaan sedangkan terdapat perselisihan dikalangan manusia pada kelahirannya. Maka sesungguhnya (merayakan maulid nabi) ini tidak dilakukan oleh salaf, sedangkan mereka mampu melakukan dan tidak terdapat halangan darinya walaupun ianya baik. Dan sekiranya ianya baik atau ianya berfaedah nescaya para salaf radiallahu ‘anhum lebih dahulu melakukannya daripada kita, kerana sesungguhnya adalah mereka itu lebih kuat kecintaannya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan lebih mengangungkannya daripada kita, dan mereka itu lebih keinginannya kepada kebaikan. Dan sesungguhnya kesempurnaan mencintainya dan mengagungkannya  adalah dengan mengikuti dan mentaatinya dengan mengikuti perintahnya,  menghidupkan sunnahnya zahir dan batin, mengembangkan segala yang diutuskan kepadanya, dan berjihad melakukan yang demikian dengan hati, tangan dan lisan. Maka sesungguhnya inilah jalan golongan pertama (yang masuk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.” (Iqtida’ As-Sirat Al-Mustaqim, Dar ‘Alim Al-Kutub, 2/85-86)

Selain itu juga beliau berkata di dalam kitabnya yang lain:

وأما اتخاذ موسم غير المواسم الشرعية كبعض ليالي شهر ربيع الأول ، التي يقال إنها المولد ، أو بعض ليالي رجب ، أو ثامن عشر ذي الحجة ، أو أول جمعة من رجب ، أو ثامن شوال الذي يسميه الجهال عيد الأبرار ، فإنها من البدع التي لم يستحبها السلف ، ولم يفعلوها ، والله سبحانه وتعالى أعلم

Maksudnya: “Dan adapun mengadakan musim (peribadatan) selain yang disyari’atkan, seperti malam-malam Rabiul Awal yang mana ia disebut sebagai Al-Maulid, atau sebahagian malam Rejab, atau 18 Zulhijjah, atau awal Jumaat bulan Rejab, atau hari ke 8 bulan Syawal yang dinamakan oleh orang-orang jahil sebagai Aidul Abrar, maka sesungguhnya ianya termasuk bid’ah yang tidak disunnahkan oleh salaf dan mereka tidak melakukannya. Dan Allah Subhaanahu wa Ta’ala yang lebih mengetahui.”  (Majmuk Al-Fatawa, 25/298)

Demikianlah juga tentang masalah perayaan Israk dan Mikraj, nisfu sya’ban dan lain-lain lagi bahawa ianya tidak dilakukan sama sekali oleh para pendahulu (salaf) kita dari kalangan sahabat, tabiin dan juga tabiut-tabiin.

Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata: “Tentang malam diselenggarakan Isra’ dan Mi’raj itu belum pernah diterangkan penentuan (waktunya) oleh Rasulullah, tidak pada bulan rejab, atau (pada bulan) yang lain. Jika ada penentuannya maka itupun bukan dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, menurut para ulama hanya Allahlah yang mengetahui akan hikmah pelalaian manusia dalam hal ini. Seandainya ada (hadis) yang menentukan waktu Isra’ dan Mi’raj pun, tetap tidak boleh bagi kaum Muslimin untuk mengkhususkannya dengan ibadah-ibadah tertentu, juga tidak boleh mengadakan upacara perkumpulan apapun, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya tidak pernah mengadakan upacara-upacara seperti itu dan tidak pula mengkhususkan suatu ibadah apapun pada malam tersebut.” (Berhati-Hati Terhadap Bid’ah, hal 22)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Munafik

Manusia Lalai