Tanda-tanda Kiamat Kecil 42

42/131 Masjid menjadi bising (رفع الأصوات في المساجد )
Dalil: hadith sebelumnya:
إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه
Terj: "Jika harta fai' atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kpd ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising.., "
syarah: mesjid sepatutnya tempat yg aman dan tenteram, bebas dari bunyi bising, namun di akhir zaman, mesjid menjadi hiruk pikuk dengan pertengkaran dan urusan perniagaan. Mesjid juga bising dengan aktiviti bid'ah, memainkan DVD al-Qur'an sebelum azan, bernasyid dalam mesjid, berqasidah, zikir jama'iy dengan suara yg kuat, ada bazaar di mesjid. Mesjid yang senyap dan aman dan lapang masih lagi mesjid il Haram, mesjid anNabawi, anda tidak akan dengar bunyi bising walaupun ratusan ribuan manusia di dalamnya....anda akan rasa aman, lapang dan tenteram berbanding dgn mesjid di Malaysia yg bising dengan zikir jamaiy, ratib jamaiy dna pembacaan hizib dan wirid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM