Tahsin (memperelokkan) Solat Serta Khyusuk
28 Syaaban 1436H
15 Jun 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Tahsin (memperelokkan) solat serta khyusuk...
روى الترمذي (413) عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ )
وصححه الألباني في " صحيح سنن الترمذي " .
Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu.
Allah berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الجنة الصلاة
رواه الترمذي
Sabda Rasulullah SAW: "Kunci syurga itu ialah SOLAT"
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Memperbanyakkan bekalan ibadah khususnya ibadah sunat untuk membawa pahala ke akhirat...
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa (menjunjung ketaatan dan meninggalkan larangan)
(Al-Baqarah: 197)
( مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ )
رواه مسلم (728)
"Barangsiapa yang solat (sunat) dua belas rakaat pada siang dan malam dibina baginya dengan sebab solat itu satu rumah di syurga".
(Hadith Riwayat Muslim)
قال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
رواه مسلم 1337
Sabda Rasulullah SAW:
"Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pensyafaat kepada para pembacanya".
(Hadith Riwayat Muslim)
Selesaikan semua hutang dengan manusia...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya, telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Ulasan
Catat Ulasan