Modul Tarbiyyah Ruhiyyah Fardiyyah

08 Ramadhan 1436H
25 Jun 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian kedua)
Modul Tarbiyyah Ruhiyyah Fardiyyah

روى البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل وملائكة بالنهار، ويجتمعون في صلاة الفجر وصلاة العصر، ثم يعرج الذين باتوا فيكم فيسألهم وهو أعلم بهم: كيف تركتم عبادي؟ فيقولون: تركناهم و هم يصلون وأتيناهم وهم يصلون"

Di dalam hadith berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulallah SAW bersabda maksudnya: "Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam solat fajar (subuh) dan solat ‘asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah SWT) dan Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: "Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

عَنْ جَرِيْر بنِ عَبْدِ اللهِ قاَلَ : كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرَ إِلَى اْلقَمَرِ لَيْلَةً يَعْنِي اَلْبَدْرَ فَقَالَ : إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا اْلقَمَرَ لاَ تُضَامُّوْنَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا فَافْعَلُوْا .ثم قرأ: ﴿ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ﴾
( صحيح البخاري )

Dari Jarir bib Abdillah RA. berkata:
"Kami sedang bersama Nabi SAW, lalu baginda SAW memandang bulan purnama di malam itu, seraya bersabda:
"Sungguh kalian akan melihat Tuhan pencipta kalian sebagaimana kalian melihat bulan purnama ini , tidak terhalangi apapun dalam melihatNya subhanahu wa ta’ala, maka semampunya berusahalah menyempurnakan shalat subuh dan shalat Ashar maka perbuatlah". Kemudian Baginda membaca

( وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا )

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

روى مسلم من حديث عثمان بن عفان: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله.

Dari Usman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barangsiapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh".
(Hadith Riwayat Muslim)

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam mendoakan umatnya yang bergegas melaksanakan solat Subuh,

" اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا " ، الأربعة ، وحسنه الترمذي 

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (iaitu mengerjakannya)".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

روى البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "إن أثقل صلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوًا،"
 
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM