Manusia Tidak Mampu Menentukan Natijah Keputusan Pilihan Ikhtiarnya
21 Syaaban 1436H
08 Jun 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Manusia tidak mampu menentukan natijah keputusan pilihan ikhtiarnya.
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)
Apabila kita telah mengetahui bahawasanya Allah SWT telah mengharamkan syurga bagi mereka yang telah kufur terhadapnya. Maka itu, kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat Al-Islam. Nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam. Dan apabila Allah menginginkan hambanya kebaikan, maka dia dimatikan dalam beragama Islam. Dan Nabi SAW pernah berdoa;
“Wahai yang menetapkan hati-hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu”.
Dan Nabi SAW telah pun memberitahu bahawa tanda-tanda fitnah akhir zaman;
“Orang yang malamnya Islam, paginya kufur, atau paginya kafir dan petangnya dia beriman”.
Dan hari ini kita lihat disekeliling kita, berbagai perkara yang disebarkan, yang berbentuk syubhat, “penipuan, dan perkara yang meragukan” dan yang berbentuk syahwat “yang membangkitkan nafsu”.
Tiada syak lagi bahawa semua ini dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamanya) tetapi allah yang Maha Tinggi, apabila mencintai seseorang hambanya, maka akan dimatikan dia di dalam Islam. Dan setiap perkara yang ditrik dari kita, pasti aka nada gantinya (dari Allah) kecuali agama (maka tiada gantinya). Apabila Allah mencintaimu, maka Dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam. Supaya engkau mati dalam Islam.
Jadikanlah hatimu bergembira tatkala engkau menyembah Allah. Sebahagian orang, apabila melakukan sesuatu yang mubah atau makruh, seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian, dia merasa gembira menghadirinya. Kita tidak ingin membicarakan perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari ‘kegembiraan’ ini. Bagaimana engkau tahu bahawa engkau tetap di atas Islam? Ialah apabila engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah.
Janganlah dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya sahaja tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak dimudharatkan dengan kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang akan binasa dan merugi apabila engkau melakukan maksiat. Dan mati dalam keadaan Islam itu lebih baik berbanding mati dalam kekufuran, sebagaimana disebutkan di dalam doa para solehin;
“Ya Allah, sesungguhnya aku mencintai Mu walaupun aku bermaksiat kepada Mu”.
Dan seorang sahabat yang mulia, Amru ibn al-Ash, tatkala hamper waktu kematiannya berkata,
“Ya Allah, aku bukanlah seorang yang lepas (dari dosa), maka aku memohon pengampunan, dan bukanlah aku orang yang kuat (dalam beribadah), maka aku memohon pertolongan, dan tiada bantuan atau kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.
Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah, setelah engkau keluar dari masjid, hadirkanlah perasaan gembira. Bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapanNya dan membawa engkau bergerak menuju rumahNya (masjid). Inilah yang kita harapkan. Mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan unutk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan di atas agama. Dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam.
Sebagaimana semua telah tahu, bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang muslim. Kita semua dengan rahmat Allah telah dilahirkan muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya. Semoga Allah mengurniakan syurga kepada kita tatkala kita memintanya.
فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
(An-Nisa': 19)
Justeru, istirehatkanlah jiwamu dalam menerima apa saja natijah keputusan pilihan ikhtiarmu kerana itu adalah hak mutlak Dia, Allah SWT dan bukan kita...
Ulasan
Catat Ulasan