Aturkanlah Jadual Hidup Mu
01 Ramadhan 1436H
18 Jun 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Modul Tarbiyyah Ruhiyyah Fardiyyah...
Aturkanlah jadual hidup mu
Bila bangun daripada tidur hingga sebelum terbit fajar...
1. Usahakan bangun sebelum masuk waktu subuh supaya dapat beribadah di sepertiga malam terakhir...
قال الغزالي في بداية الهداية :
فإذا استيقظت من النوم، فاجتهد أن تستيقظ قبل طلوع الفجر، وليكن أول ما يجري على قلبك ولسانك ذكر الله تعالى؛ فقل عند ذلك: الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور،.....
Imam Al Ghazali menyebut dalam kitabnya Bidayah Al Hidayah:
"Maka apabila engkau bangun daripada tidor, bersungguh-sungguhlah agar engkau bangun sebelum terbit fajar, dan hendaklah yang pertama terlintas atas hatimu dan disebut pada lidahmu ialah zikir (ingatan) pada Allah ta'ala. maka bacalah ketika itu : (maksudnya) ' Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepasa mematikan kami dan kepadanya kami akan kembali".
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.
"Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
2. Jangan cuai daripada bersiwak
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (لولا أن أشق على أمتي- أو على الناس- لأمرتهم بالسواك مع كل صلاة) رواه البخاري وفي رواية ( عند كل وضوء) رواه البخاري
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kalaulah tidak menyukarkan ummat aku - atau ke atas manusia - nescaya aku benar-benar menyuruh mereka dengan siwak di setiap solat, pada riwayat yang lain - pada setiap kali wudhu' ".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
3. Solat sunat dua rakaat sebelum mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan solat Tahajjud. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
"Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya dengan mengerjakan (solat) dua rakaat yang ringan (cepat)".
(Hadith Riwayat Muslim)
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
Al-Hafidz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah al-Tirmidzi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat yang ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan syaitan.
(Kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari)
Ulasan
Catat Ulasan