Tatacara Bacaan Selawat Dalam Solat
Dewasa ini ramai orang yang tidak ambil peduli
untuk benar-benar mencontohi Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam dalam tatacara berselawat. Malah
mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina
atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang
sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-
lafaz baru secara total tanpa ada contohnya dari
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat,
generasi tabi’in mahupun imam-imam mazhab yang
empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu
perbuatan yang lebih bermanfaat dari lafaz aslinya
yang datang dari baginda shalallahu ‘alaihi
wasallam. Tindakan sebegini sepatutnya dihindari
secara oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang
terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sahih.
Ini kerana Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi
wasallam adalah makhluk yang paling sempurna
ibadahnya dan yang paling mulia di sisi Allah ‘Azza
Wa Jalla. Maka sewajarnya untuk kita tidak
mencontohi ikutan yang lain selain dari baginda
shalallahu ‘alaihi wasallam.
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, amalan
kebiasaan yang dilakukan ketika pembacaan
selawat dalam tasyahhud atau ketika berdoa akan
dilafazkan perkataan sayyidina (tuan kami) sebelum
nama Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam
sebagai tanda penghormatan kepada baginda. Bagi
mereka yang enggan menambah perkataan tersebut
di dalam tasyahhud ketika bersolat atau ketika
berdoa seringkali dituduh sebagai golongan yang
tidak menghormati atau mencintai Nabi shalallahu
‘alaihi wasallam.
Maka ada baiknya untuk kita meneliti hadis-hadis
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam yang mengajar kita
mengenai tatacara untuk berselawat yang boleh
dimanfaatkan dalam bacaan tasyahhud.
Mempelajari cara Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam
dan mengamalkannya adalah satu kaedah yang
dituntut dalam Islam kerana beliau merupakan
contoh ikutan yang terbaik bagi kita semua
sebagaimana firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang) – Al-Ahzab (33:21)
Antara Hadis2 yg tersebut adalah:-
Pertama:
Abdurrahman bin Abi Lailah berkata: “Saya
berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia
berkata: “Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu
hadiah yang aku pernah mendengarnya dari Nabi
shalallahu ‘alaihi wasallam?” Jawabku: “Sudah
tentu! Hadiahkanlah kepadaku!” Dia berkata: “Kami
(para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam bagaimana (cara)
berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana
sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada
kami bagaimana (caranya) kami memberi salam
(kepadamu)?” Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh
kalian:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﻛَﻤَﺎ ﺻَﻠَّﻴْﺖَ ﻋَﻠَﻰ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻭَﺁﻝِ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﺇِﻧَّﻚَ ﺣَﻤِﻴﺪٌ ﻣَﺠِﻴﺪٌ
ﻭَﺑَﺎﺭِﻙْ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺎﺭَﻛْﺖَ ﻋَﻠَﻰ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻭَﺁﻝِ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﺇِﻧَّﻚَ ﺣَﻤِﻴﺪٌ ﻣَﺠِﻴﺪٌ .
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha
Mulia.
Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga
Muhammad, sebagaimana Engkau telah
memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim,

Mulia.”
Kedua:
Dari Musa bin Talhah, dari bapanya (iaitu Thalhah
bin ‘Ubaidullah) dia berkata: “Kami (para sahabat)
bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya)
berselawat kepadamu?” Baginda bersabda:
Ucapkanlah oleh kalian:

Dan berkatilah Muhammad dan keluarga

Mulia.)”
Ketiga:
Dari Abi Mas’ud al-Anshari, dia berkata: “Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam datang kepada kami
sedang kami berada di majlis Sa’ad bin ‘Ubadah.
Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada
baginda: “Allah Ta’ala telah memerintahkan kepada
kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka
bagaimanakah (caranya) kami berselawat
kepadamu?” Kata Abi Mas’ud: “Maka Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam diam sehingga kami
ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak
bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ucaplah oleh

ﻛَﻤَﺎ ﺻَﻠَّﻴْﺖَ ﻋَﻠَﻰ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ

ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺎﺭَﻛْﺖَ ﻋَﻠَﻰ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ
ﻓِﻲ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ﺇِﻧَّﻚَ ﺣَﻤِﻴﺪٌ ﻣَﺠِﻴﺪٌ .

berselawat kepada keluarga Ibrahim,

memberkati keluarga Ibrahim, atas seluruh alam

Keempat:
Abu Humaid al-Saa’idi dia berkata: “Bahawasanya
mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,
bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu?”
Jawab baginda: Ucapkanlah oleh kalian:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﺃَﺯْﻭَﺍﺟِﻪِ ﻭَﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻪِ ﻛَﻤَﺎ ﺻَﻠَّﻴْﺖَ ﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ
ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ
ﻭَﺑَﺎﺭِﻙْ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﺃَﺯْﻭَﺍﺟِﻪِ ﻭَﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻪِ ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺎﺭَﻛْﺖَ ﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ
ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﺇِﻧَّﻚَ ﺣَﻤِﻴﺪٌ ﻣَﺠِﻴﺪٌ .

kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya,
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada
keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad
dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya
sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia.)”
Selain dari selawat-selawat di atas terdapat
beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam yang boleh
kita dapati dari hadis-hadis yang sahih dari baginda
yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan untuk
tasyahhud. Maka sewajarnya kita mencontohi cara
bacaan yang benar-benar telah diajar sendiri oleh
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Ini sesuai
dengan anjuran baginda sendiri untuk mengikuti
hanya baginda di dalam ibadah solat sebagaimana
sabdanya: “Solatlah kamu sekalian sebagaimana
kamu melihat aku bersolat.”
Setelah membaca hadis-hadis di atas mungkin kita
akan tertanya-tanya tentang perbezaan lafaz
selawat dalam bacaan tasyahhud awal dan
tasyahhud akhir (bagi solat yang lebih dari 2
rakaat). Keumuman hadis-hadis tentang lafaz
selawat ini menunjukkan tidak ada perbezaan
bacaannya dalam kedua-dua tasyahhud. Inilah juga
pendapat al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-
Umm: “Bacaan selawat pada tasyahhud awal dan
tasyahhud kedua adalah sama, tidak ada
perbezaan.”
Semoga mereka yang mengaku bermazhab al-
Syafi’i memperhatikan perkara ini demi untuk
menjaga kesempurnaan tasyahhud dalam solat.
Setelah kita meneliti hadis-hadis yang sahih tentang
bacaan selawat kepada Nabi shalallahu ‘alaihi
wasallam, maka jelaslah tidak ada satupun lafaznya
yang disebutkan perkataan Sayyidina. Sekiranya
kita telah bersetuju bahawa Nabi shalallahu ‘alaihi
wasallam adalah Uswatun Hasanah (contoh ikutan
terbaik) dan baginda juga memerintah kita untuk
mencontohi baginda dalam bersolat, maka patutkah
kita memiliki cara bacaan selawat yang berbeza
atau menambah perkataan-perkataan tertentu
dalam lafaz yang diajar oleh Nabi shalallahu ‘alaihi
wasallam sendiri seolah-olah apa yang diajar oleh
baginda kurang sempurna? Tentu sekali tidak!
Apatah lagi Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sendiri
melarang kita memberi gelaran-gelaran yang
berlebihan kepada baginda (termasuk Sayyidina)
dan hanya mencukupkan kita dengan gelaran yang
Allah ‘Azza Wa Jalla berikan kepadanya iaitu
‘abduhu wa rasuluhu’ (Hamba Allah dan Pesuruh
Allah).
Ini sebagaimana beberapa hadis berikut:
ﻋُﻤَﺮَ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤِﻨْﺒَﺮِ
ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ:
ﻻَ ﺗُﻄْﺮُﻭﻧِﻲ ﻛَﻤَﺎ ﺃَﻃْﺮَﺕْ ﺍﻟﻨَّﺼَﺎﺭَﻯ ﺍﺑْﻦَ ﻣَﺮْﻳَﻢَ
ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﺃَﻧَﺎ ﻋَﺒْﺪُﻩُ ﻓَﻘُﻮﻟُﻮﺍ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟُﻪُ .
Umar al-Khattab radhiallahu’anh berkata di atas
mimbar; Aku mendengar Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda: “Janganlah kamu
melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku
sebagaimana kaum Nasrani telah melakukan
terhadap Isa anak Maryam. Sesungguhnya tiadalah
aku melainkan seorang hamba, maka berkatalah:
Hamba Allah dan Pesuruh Allah.”
Dalam perbahasan feqh syafie ada di catatkan
keharusan menambah sayyidina seperti kitab al
bujairimi dll.
ﻋَﻦْ ﻣُﻄَﺮِّﻑٍ ﻗَﺎﻝَ: ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑِﻲ ﺍﻧْﻄَﻠَﻘْﺖُ ﻓِﻲ ﻭَﻓْﺪِ ﺑَﻨِﻲ ﻋَﺎﻣِﺮٍ
ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻘُﻠْﻨَﺎ:
ﺃَﻧْﺖَ ﺳَﻴِّﺪُﻧَﺎ ! ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﺍﻟﺴَّﻴِّﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺗَﺒَﺎﺭَﻙَ ﻭَﺗَﻌَﺎﻟَﻰ !
ﻗُﻠْﻨَﺎ: ﻭَﺃَﻓْﻀَﻠُﻨَﺎ ﻓَﻀْﻼً ﻭَﺃَﻋْﻈَﻤُﻨَﺎ ﻃَﻮْﻻً .
ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﻗُﻮﻟُﻮﺍ ﺑِﻘَﻮْﻟِﻜُﻢْ ﺃَﻭْ ﺑَﻌْﺾِ ﻗَﻮْﻟِﻜُﻢْ ﻭَﻻَ ﻳَﺴْﺘَﺠْﺮِﻳَﻨَّﻜُﻢْ
ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ.
Mutharrif bin Abdullah radhiallahu’anh berkata
bahawa
ayahnya pernah bersama satu rombongan dari
Banu Amir pergi berjumpa Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam. Apabila mereka tiba, mereka
berkata kepada Rasulullah:
“Anta Sayyidina!” (Anda tuan kami).
Nabi menjawab: “Tuan kamu adalah Allah Tabaraka
wa Ta’ala.”
Mereka (Banu Amir) berkata lagi: “Engkau adalah
yang paling mulia kemuliaannya, dan yang paling
besar keutamaannya.”
Rasulullah menjawab: “Berkatalah kamu dengan
perkataan kamu itu, akan tetapi janganlah sampai
syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya.”
ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻳَﺎ ﺳَﻴِّﺪَﻧَﺎ ﻭَﺍﺑْﻦَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻭَﺧَﻴْﺮَﻧَﺎ ﻭَﺍﺑْﻦَ ﺧَﻴْﺮِﻧَﺎ !
ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ:
ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ! ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑِﺘَﻘْﻮَﺍﻛُﻢْ ! ﻭَﻻَ ﻳَﺴْﺘَﻬْﻮِﻳَﻨَّﻜُﻢْ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ ,
ﺃَﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﺑْﻦُ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟُﻪُ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪِ
ﻣَﺎ ﺃُﺣِﺐُّ ﺃَﻥْ ﺗَﺮْﻓَﻌُﻮﻧِﻲ ﻓَﻮْﻕَ ﻣَﻨْﺰِﻟَﺘِﻲ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﺃَﻧْﺰَﻟَﻨِﻲ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﺰَّ
ﻭَﺟَﻞَّ .
Anas bin Malik radhiallahu’anh berkata seorang
lelaki telah datang kepada Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam seraya berkata:
“Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina!
(Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami),
Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak
kepada yang terbaik di kalangan kami!” Rasulullah
menjawab:
“Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan
jangan membiarkan syaitan mempermainkan
engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin
Abdullah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan aku
bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak
suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi
apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan
bagiku.”
Mustahil masih ada perkara berkaitan dengan
kesempurnaan ibadah yang yang terluput dari
ajaran Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu.”
Dengan terwahyunya ayat ini, maka segala bentuk
ibadah yang disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala telah lengkap lagi sempurna sebagaimana
yang telah diajar oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wasallam kepada para sahabatnya untuk diwarisi
kepada generasi kemudiannya. Maka apa sahaja
amalan yang TIDAK dikerjakan oleh Nabi shalallahu
‘alaihi wasallam dan sahabatnya maka ia
sememangnya bukan sebahagian dari ibadah
termasuklah amalan mengucapkan sayyidina dalam
bacaan selawat. Ibnu Abbas radhiallahu’anh ketika
menafsirkan ayat ini berkata (Tafsir Ibnu Kathir, jld.
2, ms. 12): “Allah memberi khabar kepada Nabi-
Nya, bahawa agama keimanan sudah
disempurnakan tidak perlu ditambah, dan telah
dicukupkan tidak perlu dikurangi, kerana Allah
meredhainya dan tidak murka selamanya.”
Selain itu Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam juga telah
bersabda:
ﻗَﺪْ ﺗَﺮَﻛْﺘُﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﺒَﻴْﻀَﺎﺀِ ﻟَﻴْﻠُﻬَﺎ ﻛَﻨَﻬَﺎﺭِﻫَﺎ
ﻻَ ﻳَﺰِﻳﻎُ ﻋَﻨْﻬَﺎ ﺑَﻌْﺪِﻱ ﺇِﻻَّ ﻫَﺎﻟِﻚٌَ .
Sesungguhnya aku telah meninggalkan kalian di
atas ajaran yang putih bersih, yang malamnya
laksana siangnya (akibat dari kejelasan ajaran Nabi
shalallahu ‘alaihi wasallam ), tidak seorangpun yang
menyimpang darinya kecuali orang yang binasa.
Sekiranya penambahan sayyidina dalam selawat ini
adalah satu amalan mulia yang boleh mendekatkan
kita kepada syurga, mungkinkah Nabi shalallahu
‘alaihi wasallam tidak mengkhabarkan kepada kita
hanya kerana baginda itu bersifat tawadhu’? Tentu
sekali tidak! Tanggapan mereka menambahkan
sayyidina itu sebenarnya mencantikkan lagi amalan
selawat adalah bercanggah dengan pegangan al-
Syafi’i rahimahullah kerana di dalam kitabnya al-
Risalah, beliau berkata: “Sesiapa yang mencipta
istihsan (mencipta suatu perkara yang disangka
baik), maka dia telah mencipta syara’, dan sesiapa
yang mencipta syara’ maka dia telah kafir.”
Pernyataan al-Syafi’i ini di sokong pula oleh firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan mereka menyangka bahawa mereka telah
melaksanakan perbuatan-perbuatan (ibadah yang
mereka cipta mengikut cara mereka sendiri) adalah
baik.”
Janganlah sampai ada orang yang mengatakan
Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam
bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri
(tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak
ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak
menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi
wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk
mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar
sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam.
Ibnu Hajar menyatakan bahawa sekiranya benar
bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan
dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi,
Ibnu Hajar tidak menemukan adanya riwayat
semacam itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun,
padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang
diterima dari mereka. al-Syafi’i rahimahullah Ta’ala
sebagai seorang yang paling menghormati
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam juga tidak
menyebutkan kata sayyidina dalam awal
pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-
Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut
mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan
“Allahumma shalli ‘ala Muhammad”.
Tambahan lagi setelah dirujuk kitab al-Umm dalam
Bab “Tasyahhud Dan Selawat kepada Nabi
shalallahu ‘alaihi wasallam“ ternyata al-Syafi’i
sendiri meriwayatkan hadis-hadis bacaan selawat
yang tidak terdapat perkataan sayyidina di
dalamnya.
Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam merupakan sebuah
ibadah dan sesuatu bersifat tauqify (terhenti
sebagaimana ajaran Nabi shalallahu ‘alaihi
wasallam) maka kita semua wajib membaca
selawat kepada beliau dengan lafaz yang telah
ditetapkan. Kita tidak boleh menambah mahupun
menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan
bentuk formula selawat yang baru. Kerana tindakan
itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan
terhadap pemilik syari’at (iaitu Allah Ta’ala) yang
sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan
sepenuh hati.
Rujukan al-Ahzaab (33):21, (33):56
Muhammad Nashiruddin al-Abani, Jld.1, al-Syafi’i
Shahih Sunan al-TirmiziSahih: , hadis no. 3220.