Tanda-tanda Kecil Kiamat 30

30/131 Pemutusan Silaturahim (قطيعة الرحم )
maksud silaturrahim dari dua kalimah, silah=hubungan, rahim=rahim ibu, maksudnya kerabat yang ada pertalian darah.
Maka fenomena akhir zaman ialah banyaknya terjadi putus silaturrahim.
dalil hadith:
أخرج الإمام أحمد والحاكم في "المستدرك" عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ". (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).
الراوي : أبو سبرة سالم بن سلمة الهذلي المحدث : أحمد شاكر
المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 10/20 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
Terj:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir..
Hadith Ibn Mas'ood ra:
إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ... وَقَطْعُ اْلأَرْحَامِ.
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
المصدر : صحيح الأدب المفرد الصفحة أو الرقم: 801
“Sesungguhnya menjelang terjadinya Kiamat... dan pemutusan silaturahmi.” HR Ahmad, al-Bukhari dlm adab al-Mufrad dan al-Bazzar, sahih albani, sahih
Syarah:
Memang sedang terjadi sekarang meratanya fenomena putus sedara, ramai generasi baru tidak lagi kenal emak sedara, bapak sedara, atuk nenek, sepupunya, dua pupu dan seterusnya, mereka tidak saling berziarah kerana sibuknya urusan kehidupan akhir zaman. Ini kerana manusia semakin global, mereka menetap jauh dari kampung halaman.
sedangkan pemutus silaturahim diancam neraka:
لا يدخلُ الجنَّةَ قاطعٌ
الراوي : جبير بن مطعم المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 5984 خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
“Tidak akan masuk Surga orang yang memutuskan silaturahmi...HR Muslim

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM