Tanda-tanda Kecil Kiamat 23-24

23/131 Berkembang Pesatnya Busines ( فشو التجارة)
24/131 Wanita turut serta dalam Busines (مشاركة المرأه زوجها في التجارة )
Dalil: hadith Ibn Mas'ud ra
بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : تَسْلِيمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُعِينَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى التِّجَارَةِ
“Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan.” HR Ahmad (V/333, Syarah Ahmad Syakir), beliau berkata, “Sanadnya shahih” dan Mustadrak al-Hakim (IV/45-446). hasa menurut s syuaib al-arnaout.
Hadith Amru bin Taghlab ra
نْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ وَيَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ
‘Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah melimpah ruahnya harta dan banyaknya perdagangan.” HR an-Nasa'iy no 4380, sahih oleh al-Albani.
syarah:
Tanda  kiamat yg ke 23 ialah meluasnya bisnes , ujudnya bursa saham disetiap negara, banyaknya Mall dan hatta disekitar mesjid nabawi dan haram mekah pun penuh dengan tempat membeli belah. Maksud dari hadith ini ialah sibuknya manusia dalam bisnes hingga mereka berlumba dalam pasaran. Bayangkan lelaki terkaya di negara arab ialah Prince al-Waleed bin Talal bin abdul Aziz al-Saud. Negara2 teluk berubah wajah menjadi pusat komersil terbesat di dunia Arab. Jedah dan Riyadh menjadi mega city dan karajaan arab sedang membina pusat komersil di bandaraya besar KSA.
Satu lagi fenomena akhir zaman ialah kaum wanita keluar bekerja, termasuk dalam bisness. Mereka juga menjadi tokoh korporat dan CEO, cuma di Arab saudi masih bertahan, tapi statistik wanita arab saudi menjadi businesswomen semakin meningkat. Sibuknya wanita berkerjaya dan berkorporat akan mencetuskan pelbagai fitnah. Inilah maksud tanda kiamat 23 dan 24 ...

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM