SOALAN DAN JAWAPAN 2
Soalan
PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
Jawapan
sahih, tapi tak sepatutnya masuk senarai sunnah
عن أمِّ سلمةَ قالت : كان أحبَّ الثيابِ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ القميصُ
الراوي: أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4025
خلاصة حكم المحدث: صحيح
"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis
Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud dari jalur Ummu Salamah), sahih.
Gamis ni jubah arab tu la. Ia adalah sunnah al-jibliyah atau umur al-jibliyah (sunnah atau urusan yg bersifat lokal, tabiat dan peribadi). maksud gamis dalam masyarakat Melayu adalah kemeja dan baju melayu. Cuma gamis arab ni dia satu piece bukan dua piece yg dipakai oleh melayu, Maka sunnah berpakaian yg betul dalam isu ini ialah pakaian yang menutup aurat bukan gamis arab atau jubah arab. Tutup aurat itulah yg sunnahnya. Jenis gamis tu isu no 2
Ulasan
Catat Ulasan