PUASA SAH ATAU TIDAK

PUASA SAH ATAU TIDAK?

- Sepasang suami isteri bersama pada waktu malam, tidak mandi wajib sebelum tidur, dan hanya terjaga pada waktu Subuh, lalu mandi wajib selepas masuk Subuh?

- Seorang lelaki yang mimpi basah, mendapati ada air mani, tetapi menangguhkan mandi wajib selepas azan Subuh kerana takut tidak sempat sahur?

- Seorang wanita yang bangun pada waktu Subuh, dan mendapati haidh sudah tiada, dan dia yakin haidhnya sudah kering sebelum masuk Subuh lagi berdasarkan bukti-bukti yang ada.

Adakah puasa kesemua insan di atas sah?

أَنَّ عَائِشَةَ ، وَأُمَّ سَلَمَةَ أَخْبَرَتَاهُ : " أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ "
‘Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memasuki waktu Subuh dalam keadaan dia sudah berjunub dengan isterinya. Kemudian baginda mandi dan berpuasa [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1800]

Kesimpulannya: Puasa mereka semua adalah sah berdasarkan dalil di atas.

Wallahua'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Munafik

Manusia Lalai