Mencintai Rasulullah SAW
22 Rejab 1436H
11 Mei 2015M
11 Mei 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Mencintai Rasulullah SAW menjadi syarat dan tanda bagi orang Islam yang beriman selepas cinta paling agung kepada Allah SWT. Jangan sesekali mengingkari semua ajaran yang diturunkan oleh Allah dan turutilah segala perintah-Nya. Ini dapat menunjukkan tanda kecintaan kepada Allah dan Rasul
Mukmin (orang beriman) adalah orang yang takut kepada dosa.
Daripada Abdullah bin Mas’ud, Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah".
(Al-Anfal: 2)
(Al-Anfal: 2)
Kecintaan kepada ayat-ayat ALLAH Taala hendaklah sentiasa diletak dihadapan dalam menghadapi ujian hidup di dunia ini. Bagaimana kecintaan ini dapat disuburkan di dalam jiwa umat Islam?
Sebagaimana suburnya kecintaan manusia itu kepada hal-hal duniawi. Secara amnya setiap cinta yang subur itu bermula dari "mata turun ke hati". Iaitu apabila salah satu angota badannya dapat merasainya sesuatu itu hingga terpahat di dalam hati. Seperti terpahatnya nama-nama cinta di batu-batu, kayu-kayu, digambarkan pula dengan lukisan dan sebagainya. Ada pula sanggup membina bangunan-bangunan indah atas nama cinta.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Khafi: 110)

Dalam surah al-Mukminun, ayat 1-11, Allah SWT menggariskan ciri-ciri orang beriman:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (1), Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya (2), Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia (3), Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) (4), Dan mereka yang menjaga kehormatannya (5), Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela (6), Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (7), Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya (8), Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya (9), Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10), Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya (11)

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta".
(Taha: 124)
"Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta".
(Taha: 124)
Setiap kita wajib memastikan bahawa aqidah dan iman kita sentiasa dipertahankan. Usaha mempertahankan keimanan ini bukanlah satu usaha yang mudah tetapi memerlukan pengorbanan dan kekuatan jihad yang hebat. Rasulullah SAW bersabda mengenai cabaran yang akan di hadapi bagi setiap orang yang beriman:
اَلْمُؤْمِنُ بَيْنَ خَمسَ شَدَائِدَ : مُؤْمِنٌ يُحْسِدُهُ وَمُناَفِقٌ يُبْغِضُهُ وَكَافِرٌ يُقاَتِلُهُ وَشَيْطاَنٍ يُضِلُّهُ وَنَفْسٍ تُناَزِعُهُ
Orang beriman itu akan menghadapi 5 cabaran:
Orang beriman yang hasad kepadanya, Orang munafik yang marah kepadanya, Orang kafir yang memeranginya, Syaitan yang menyesatkannya dan Nafsu yang bertarung dengannya.
Orang beriman yang hasad kepadanya, Orang munafik yang marah kepadanya, Orang kafir yang memeranginya, Syaitan yang menyesatkannya dan Nafsu yang bertarung dengannya.
Justeru, kita wajib mengikut perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.