Kesalahan-kesalahan Dalam Solat

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang
tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran
dan kajian yang dibuat.
1. Tidak berdiri lurus
Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan
salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan,
seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa
solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus.
Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian,
barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana
mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam
mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak
boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya
seseorang itu memang betul-betul tidak mampu
untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah
Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan
ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram
adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan
100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun
dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya
makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia
boleh juga membatalkan solat. Contohnya,
melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin
(seperti suara orang berbisik).
Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib
dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan
tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah
dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia
boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam
rukuk dan sujud
Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah
dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri
dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana
caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud
dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak
dikenakan ke atas lantai
Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka
(termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan;
kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari),
sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Aku
telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh
tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke
hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2
tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih).
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah
Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat
biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak
menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut
dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun
qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan
suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan
berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam
ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah
guru agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan
suara angin, atau melafazkan salam dengan
makhraj dan huruf yang salah juga boleh
membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah
ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum
warahmatullaah). Sekiranya menyebut
“asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar
huruf ﻉ kepada ﺃ , huruf ﺡ kepada ﻫ , atau apa
sahaja sebutan yang selain daripada
ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat.
Menyebut salam dalam hati juga boleh
membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama
adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh
mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal.
Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh
membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka
sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam
buaian tu.
9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas
rukuk.
10. Dada berpaling dari kiblat
Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada dua,
iaitu kesalahan nyata dan kesalahan
tersembunyi. Sebaik-baiknya untuk memperbetulkan
bacaan atau untuk memastikan bacaan betul, ialah
dengan merujuk dan memperdengarkan kepada
ustaz-ustaz tajwid, kerana pengajian tentang tajwid
dan makhraj hendaklah diambil secara langsung
daripada sebutan guru yang mahir.
Ibn al-Jazari berkata, “Aku tidak mendapati cara
untuk sampai kepada kesempurnaan tajwid yang
boleh menandingi kaedah latihan lidah, dan
mengulang-ulang sebutan yang diambil secara
langsung dari mulut guru yang mahir”. (Al-Itqan
oleh Suyuti 1/325).

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM