Kepanasan Api Neraka

13 Rejab 1436H
02 Mei 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kepanasan api dunia jauh terlalu kecil dibandingkan dengan kepanasan api neraka. Pohonlah keampunan dan pemeliharaan Allah daripada seksaan api neraka.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya, (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut). Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Umat Islam di suruh supaya takut dengan seksaan Allah yang amat mengerikan pada hari kiamat.

Allah menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah.

Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Hadith ini menunjukkan betapa berat dan pedihnya azab neraka sehingga orang yang paling ringan azabnya menyangka bahawa dirinyalah orang yang paling berat dikenakan azab. Oleh itu, orang yang beriman tuntutlah merasa takut daripada azab neraka.

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya seksaan yang paling ringan di neraka, dengan bahang kedua-dua bara api yang diletakkan di bawah tapak kaki sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, maka betapa pula seksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu untuk berdiri di atas bara api yang panas yang boleh menggelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja dengan api dunia ini, kita sudah menjerit kepanasan dan tidak akan mampu menahannya walaupun hanya dalam masa sehari atau seminggu sahaja. Cuba bayangkan betapa pedihnya seksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas di samping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun yang akan datang.

Orang yang akan diseksa dengan seksaan yang paling ringan ialah bapa saudara Nabi SAW yang bernama Abu Thalib, kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kafir, namun segala jasanya dalam mengasuh Rasulullah SAW sewaktu Baginda masih kecil dan dengan pembelaannya terhadap Baginda setelah diangkat menjadi Rasul, semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit keringanan apabila dibandingkan dengan orang-orang kafir yang lain.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM