Beza Sunat Dengan As-Sunnah

Bismillah....✏📖
Beza "sunat" dengan "As-Sunnah"
Apa beza "sunat" dengan "As-Sunnah" ?
⌛📓
“As-Sunnah” bermaksud: Segala yang bersumber dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan.
“As-Sunnah” di sini bukanlah perkataan “sunat” yang difahami oleh sebahagian orang Melayu yang bermaksud “mandub” (مَنْدُوب), iaitu diberi pahala kepada pelakunya dan tidak berdosa kepada orang yang tidak mengerjakannya. Bukan juga “sunat” yang bermaksud “khitan” pada alat kelamin.
As-Sunnah boleh diketahui dengan mempelajari ilmu-ilmu dari hadits-hadits Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Qur’an dan As-Sunnah menjadi sumber kepada segala perkara dalam Islam, yang kemudiannya ditafsir oleh ulama’-ulama’ Islam.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
"Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya."
[Hadits riwayat Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr]
Kata Imam Al-Barbahari rahimahullah:
اعْلَمُ أَنَّ الإسْلَامَ هو السُّنَّةُ، والسُّنَّةَ هي الإسْلَامُ، ولا يَقُومُ أَحَدُهُمَا إلا بالآخَرِ
“Ketahuilah sesungguhnya Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam dan masing-masing tidak bisa dipisahkan.”
[Kitab Syarhussunnah, no. 1]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
انَّهُ سَيَلِي أَمْرَكُمْ مِنْ بَعْدِي رِجَالٌ يُطْفِئُونَ السُّنَّةَ ، وَيُحْدِثُونَ بِدْعَةً
"Sesungguhnya akan ada sepeninggalku seseorang yang akan memerintah kalian, mereka memadamkan sunnah, melakukan perbuatan bid'ah”
[Hadits riwayat Ahmad no.3659, Ibnu Majah no.2860. Dishahihkan Al Albani dalam Silsilah Ahadits Shahihah, 2864.
Semoga bermanfaat...

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Usah Jemu Dan Bosan Dalam Beramal

Memasuki Syurga Tanpa Hisab