Berselawat
Keutamaan dan kelebihan berselawat memang sedia maklum. Hal ini sepakat di kalangan Umat Islam.
Sabda Nabi,
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا
"Barangsiapa berselawat ke atasku sekali Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali"
(Riwayat Muslim)
Persoalan pokok yang lebih utama dan yang menjadi titik permasalahan adalah CARA SELAWAT itu dilakukan.
Berselawat dengan CARA dan GAYA yang tertentu. Ini yang menjadi masalah.
Berselawat secara:
1. Berjemaah;
2. Dengan suara kuat dan nyaring;
3. Menggunakan pembesar suara sehingga suasana menjadi hingar bingar;
3. Dipimpin oleh seorang ketua dan ada kalanya dengan suara latar anak-anak kecil;
4. Selawat dengan lafaz-lafaz tertentu yang tiada dalam Hadis Sahih;
5. Lafaz-lafaz selawat mengandungi perkataan-perkataan memuji Nabi yang melampaui batas.
Sedangkan Nabi telah bersabda:
" لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم فإنما أنا عبده فقولوا : عبد الله ورسوله "
"Jangan kamu memuji aku dengan melampau batas sepertimana golongan Nasrani memuji (Isa) Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah hambaNya. Katakanlah: h
Hamba Allah dan pesuruhNya."
Hamba Allah dan pesuruhNya."
(Bukhari dan Muslim)
6. Ucapan perkataan 'madad' 'madad' 'madad' yang menjurus kepada erti memohon bantuan daripada selain Allah di alam ghaib.
Hal ini jelas boleh membawa kepada SYIRIK dan KUFUR.
Allah berfirman,
وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka JANGANLAH KAMU SERU dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah." (Al-Jin, 18)
7. Ucapan "Ya Husin" menyeru cucu Nabi secara khusus ketika berselawat ke atas Nabi sangat janggal dan pelik.
Hal ini menimbulkan banyak tanda-tanya.
Unsur dan ajaran SYIAH terserlah jelas.
8. Berselawat dengan gaya dan irama tertentu dalam bentuk menyanyi;
9. Nyanyian selawat dengan iringan paluan gendang dan kompang serta alatan muzik yang lain;
10. Menyalahi cara selawat yang diajar oleh Nabi.
Cara yang diajar Nabi ini telah difahami oleh para Sahabat dan telah dipraktik oleh mereka.
Begitu juga generasi Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in daripada kalangan Salaf Al-Soleh.
Kita mendakwa ikut Ahli Sunnah Wal Jemaah dan ikut Imam Al-Syafie r.h. dalaman Agama.
Apakah Imam Al-Syafie r.h. turut berqasidah dan menyanyi ketika BERSELAWAT?
Tunjukkan DALIL dan BUKTI jika kamu berkata benar wahai pedagang-pedagang Agama yang menjual Agama dengan harga yang murah demi wang ringgit dan habuan dunia!
Wallahul musta'an.