Syafaat Itu Milik Siapa
SYAFAAT ITU MILIK SIAPA?
Ramai dikalangan kita yg tidak memahami bahawa hanya pada ALLAH la segala syafaat itu. Dan hanya padaNya lah sahaja kita memohon. Ini berdalilkan banyak firman ALLAH termasuklah ayat 44 surah az-zumar
قل لله الشفاعة جميعا له ملك السموات والأرض ثم اليه ترجعون
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai Segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadanya (untuk menerima balasan)."
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai Segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadanya (untuk menerima balasan)."
Maka jelas kita hanya memohon syaafaat dari ALLAH dan tidak dari makhluk. Maka apabila kita menyebutkan :
" WAHAI FULAN BIN SI FULAN berilah kami syafaat" atau wahai nabi Muhammad berilah kami syafaat, maka perkataan ini mengandungi kalam SYIRIK kerana kita telah memohon syafaat dari makhluk bukannya ALLAH, kerana syafaat itu milik ALLAH.
Persoalannya mengapa perkara ini boleh menjadi syirik? Bukankah Allah memberikan syafaat kepada hambanya atau insan istimewa termasuk nabinya agar diberikan kepada hamba yg lain? jawapannya ada pada ayat Allah surah YUNUS ayat 18 apabila org2 MUSYRIK MEMOHON SYAFAAT DAN MENYEMBAH MAKHLUK dan mereka berhujah kepada ALLAH dengan berkata :
هؤلاء شفعؤنا عند الله
"Mereka ialah pemberi-pemberi syafaat kepada Kami di sisi Allah"
"Mereka ialah pemberi-pemberi syafaat kepada Kami di sisi Allah"
maka Allah balas perkataan mereka dengan
قل أتنبئونا الله بما لا يعلم في السموات والأرض سبحان الله عما يشركون
". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa Yang ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha suci Allah dan tertinggi keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan

Jadi syafaat itu hanya milik ALLAH dan bukan nya makhluk walaupun ia seorang nabi kerana Allah menyebutkan hanya syafaat itu milik ALLAH sahaja.
Isu seterusnya mungkin ditanyakan, bukankah nabi mempunyai syafaat yg disebutkan dalam hadith? Jawapanya benar namun perkara yg perlu kita perhatikan bagaimanakah bentuk syafaat itu?
Maka jawapannya ada dalam hadith sahih riwayat bukhari dan muslim rasulullah menyebutkan
لكل نبي دعوة مستجابة يدعو بها واريد أختبئ دعوتي شفاعة لامتي في الآخرة
Bagi setiap nabi itu ada doa yg mustajab yg mereka berdoa dengannya. Maka aku ingin menyembunyikan doaku sebagai SYAFAAT kepada ummatku diakhirat.
Bagi setiap nabi itu ada doa yg mustajab yg mereka berdoa dengannya. Maka aku ingin menyembunyikan doaku sebagai SYAFAAT kepada ummatku diakhirat.
Jadi jelas bahawa segala SYAFAAT itu milik ALLAH dan bukannya MAKHLUK namun nabi mempunyai SYAFAAT yg berbentuk DOA yg beliau akan gunakan bagi mereka yg berbahagia dan bertuah. Malahan tambahan dari itu dalam hadith yg lain bahawa siapakah yg bertuah tersebut? MEREKA IALAH YG TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH. Dalam hadith riwayat bukhari disebutkan
اسعد الناس بشفاعتي يوم القيامة من قال لااله الا الله خالصا من قلبه أو نفسه
Manusia paling bahagia hari kiamat nnti ialah yg mengatakan kalimah LAILAHAILLAWLAH ikhlas (SUCI DARI SYIRIK) dari hatinya dan dirinya.
Manusia paling bahagia hari kiamat nnti ialah yg mengatakan kalimah LAILAHAILLAWLAH ikhlas (SUCI DARI SYIRIK) dari hatinya dan dirinya.
Jadi bagaimana kita boleh mendapat SYAFAAT ALLAH sedangkan kita BERDOA DAN MEMOHON SYAFAAT dari makhluk.
Sebutlah YA ALLAH dan jgn sebut YA MUHAMMAD, YA HUSSIEN ATAU MADAD YA FULAN..
Ulasan
Catat Ulasan