Rasa Lemah Dan Malas
23 Jamadil Akhir 1436H
13 April 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Rasa lemah (العجز) dan malas (الكسل), dua penyakit dari nafsu manusia yang boleh dikesan dalam diri manusia setiap kali mahu melakukan ketaatan...
من كلام ابن القيم الجوزي : العجز والكسل... هما مفتاح كل شر

Ibnu Qayyim Al Jauzi mengatakan
"...kedua-duanya adalah kunci segala keburukan".
Tambah lagi ketika keinginan hawa nafsu sentiasa cenderung kepada manusia, harta, kesenangan dan dunia...
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Yusuf: 53)
Lemah jiwa, lemah pandangan, lemah keyakinan, lemah iltizam…
Malas solat berjemaah, malas ke masjid, malas pergi kuliah, malas pergi usrah...mesyuarat? ..malas lah...!!...kemudian muncul pula rasa jemu dan bosan untuk melakukan ketaatan…
Malas adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi. Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat. Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadah, tidak mampu ditanggung rasanya. Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.
wal 'iyazu billah min zalik…
اللهم إني اعوذ بك من العجز والكسل.....
Ya Allah..aku mohon perlindungan Mu dari rasa lemah dan malas...
Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”
Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah pun dilupakan juga.
Justeru, sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri kita. Sekiranya kita terlalu meremehkan ibadah untuk kepentingan di dunia, apakah kita akan selamat semasa hari perhitungan kelak?

Ulasan
Catat Ulasan