Majlis Zikir



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Aksi besar di alam kehidupan, namun hanya disaksikan oleh hati yang berilmu dan hidup...

((إن لله ملائكة يطوفون في الطرق يلتمسون أهل الذكر، فإذا وجدوا قوما يذكرون الله تنادوا: هلمُّوا إلى حاجتكم ـ أي وجدوا بغيتهم ـ قال: فيحفونهم بأجنحتهم إلى السماء الدنيا، قال: فيسألهم ربهم، وهو أعلم منهم، ما يقول عبادي؟ قال: تقول: يسبحونك ويكبرونك ويحمدونك ويمجدونك، قال: فيقول: هل رأوني؟ قال: فيقولون: لا والله ما رأوك، قال: فيقول: وكيف لو رأوني؟ قال: يقولون: لو رأوك كانوا أشد لك عبادة، وأشد لك تمجيداً، وأكثر لك تسبيحاً، قال: يقول: فما يسألونني؟ قال: يسألونك الجنة، قال: يقول: وهل رأوها؟ قال: يقولون: لا والله يا رب ما رأوها، قال: يقول: فكيف لو أنهم رأوها؟ قال: يقولون: لو أنهم رأوها كانوا أشد عليها حرصاً، وأشد لها طلبا ً، وأعظم فيها رغبة، قال: فمم يتعوذون؟ قال: يقولون: من النار، قال: يقول: وهل رأوها؟ قال: يقولون: لا والله يا رب ما رأوها، قال: يقول: فكيف لو رأوها؟ قال: يقولون: لو رأوها كانوا أشد منها فراراً، وأشد لها مخافة، قال: فيقول: فأشهدكم أني قد غفرت لهم، قال: يقول ملك من الملائكة: فيهم فلان ليس منهم، إنما جاء لحاجة، قال: هم الجلساء لا يشقى بهم جليسهم))
[ متفق عليه عن أبي هريرة)

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh, Allah Ta’ala mempunyai malaikat-malaikat yang berkeliling mencari ahli zikir. Apabila mereka menemukan kaum yang berzikir kepada Allah Azza wa Jalla, mereka saling memanggil: "Datanglah kemari kepada hajat kalian!" para malaikat itu lalu melingkupi para ahli zikir dengan sayap-sayap mereka sampai ke langit dunia. Lalu Tuhan mereka bertanya - Dia lebih tahu-:
"Apa yang diucapkan oleh para hambaKu?"
Para malaikat menjawab: "Mereka bertasbih kepadaMu, bertakbir kepadaMu, memujiMu dan mengagungkanMu".
Allah bertanya:
"Apakah mereka melihatKu?" Para malaikat menjawab: "Tidak, demi Allah, mereka tidak melihatMu".
Allah bertanya:
"Bagaimanakah seandainya mereka melihatKu?"
Para malaikat menjawab: "Seandainya mereka melihatMu, tentu mereka lebih keras beribadah kepadamu, lebih bersungguh-sungguh mengagungkanMu dan lebih banyak bertasbih kepadaMu".
Allah bertanya:
"Lalu apakah yang mereka minta?"
Para malaikat menjawab:
"Mereka minta syurga kepadaMu".
Allah bertanya:
"Apakah mereka pernah melihat syurga?"
Para malaikat menjawab: "Tidak, demi Allah wahai Rabb, mereka tidak pernah melihatnya".
Allah bertanya:
"Lantas bagaimana seandainya mereka melihatnya?"
Malaikat menjawab: "Seandainya mereka pernah melihatnya, tentu lebih kuat keinginan mereka terhadap syurga itu dan selalu memintanya, serta lebih besar harapan mereka terhadapnya".
Allah bertanya:
"Dari apakah mereka mohon perlindungan?"
Malaikat menjawab:
"Mereka mohon perlindungan dari neraka".
Allah bertanya:
"Apakah mereka pernah melihatnya?"
Mereka menjawab:
"Tidak, demi Allah mereka tidak pernah melihatnya".
Allah bertanya:
"Bagaimana seandainya mereka melihatnya?"
Malaikat menjawab:
"Seandainya mereka melihatnya, tentu bertambah kuat dan lari jauh terhadapnya".
Allah berfirman: "Saksikanlah oleh kalian bahwa Aku telah mengampuni mereka".
Ada malaikat yang mencelah:
"Di antara mereka terdapat si fulan yang tidak termasuk mereka. Dia datang hanya karena keperluan peribadi". Allah berfirman:
"Mereka sama-sama duduk, tidak akan celaka oleh teman duduk mereka".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Termasuk dalam majlis zikir ialah majlis ilmu...

Al-Imam Atha’ Al-Khurasani (seorang ulama tabi’in) berkata:

مجالس الذكر هي مجالس الحلال والحرام كيف تشتري وتبيع وتصلي وتصوم وتنكح وتطلق وتحج وأشباه هذا

"Majlis zikir adalah adalah majlis halal dan haram. Bagaimana kamu membeli, menjual. Bagaimana kamu shalat, berpuasa, berhaji dan semisalnya".
(Tarikh Damsyiq: 40/431-2, Mir’atul Mafatih Syarh Misykatul Mashabih: 7/377, Kifayatul Akhyar: 1/8)

Di antara hadis yang menerangkan bahwa majlis zikir adalah majlis ilmu adalah hadis Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِي
َتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Dan tidaklah sebuah kaum berkumpul dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah (iaitu masjid). Mereka membaca Kitabullah dan saling mempelajarinya di antara mereka kecuali ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat melingkupi mereka dan Allah akan menyebutkan mereka ke dalam orang-orang yang bersama-Nya".
(Hadith Riwayat Muslim: 4867, Abu Dawud: 1243 & Ibnu Majah: 221)

Justeru, jom beristiqamah dengan imarah ilmu. Tambatkan hati kita dengannya, azam saiyyidil ayyam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM