Kisah Nabi S.A.W Bercakap Dengan Bulan Adalah Palsu
Kisah Nabi s.a.w bercakap dengan bulan adalah palsu atau sekurang-kurangnya munkar. tidak boleh diriwayatkan melainkan dengan diterangkan kedudukannya
______________________________
Kisah yang disebutkan tentang Rasulullah berbicara dengan bulan ada diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam dalail al-Nubuwwah, al-khatib al-baghdadi, ibn Asakir dalam tarikh Dimash dan al-Asbahani dalam dalail al-Nubuwwah. Juga disebutkan oleh ibn katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, al-Suyuti dalam al-khosois al-kubra serta selain mereka dengan lafaz:
قلت يا رسول الله دعاني إلى الدخول في دينك أمارة لنبوتك رأيتك في المهد تناغي القمر وتشير بأصبعك فحيث أشرت إليه مال قال إني كنت أحدثه ويحدثني ويلهيني عن البكاء وأسمع وجنته تسجد تحت العرش

Hadith ini diriwayatkan oleh ramai perawi diperingkat hujung sanadnya. Manakala Diawal sanad hadith ini daripada Abbas R.A pula adalah melalui perawi-perawi yang tsiqah seperti Muharib bin Disar, al-Haitsam bin Jamil dan sebagainya.
Masalahnya adalah dalam kalangan perawi-perawi yang hebat berikut dan ramainya murid-murid mereka, hadith ini hanya tersebar melalui satu jalan iaitu Ahmad ataupun Muhammad Bin Ibrahim al-Halabi. Ini diakui sendiri oleh al-Baihaqi apabila dia mengatakan:
تفرد به هذا الحلبي بإسناده ؛ وهو مجهول
al-Halabi berseorangan meriwayatkan hadith ini sedangkan dia tidak dikenali.

Abu Hatim telah memberikan komen yang keras terhadap al-Halabi sebagaimana disebutkan oleh anaknya:
سألت أبي عنه وعرضت عليه حديثه فقال لا أعرفه وأحاديثه باطلة كلها ليس لها أصل فدل على أنه كذاب
Aku bertanya kepada ayahku tentangnya (al-Halabi) dan aku bentangkan kepadanya hasith-hadithnya lalu ayahku berkata: Aku tidak mengenalinya, hadith-hadithnya batil, kesemuanya tidak memiliki usul. Itu menunjukkankan bawaha dia merupakan seorang pendusta.(Diaqalkan oleh al-Zahabi dan Ibn Hajar).
Ibn Hibban menyebutkan nama dia dalam kitabnya al-Tsiqat, demikian juga ibn hazm ada mensahihkan hadithnya dan sebahagian rawi mendiamkan kedudukannya (al-Zahabi dalam mizan-al-itidal telah mengkritik al-Khatib al-bahgdadi apabila beliau menyatakan bahawa para nuqqad tidak berkata sesuatu tentang al-Halabi). Diam rawi tidaklah membuktikan dia dianggap tsiqah, sebagaimana disebut oleh al-khatib al-Baghdadi dalam al-kifayah fi ilm al-riwayah. Kedudukannya kekal sepertimana disebutkan oleh al-Baihaqi, tidak diketahui (majhul al-hal).

Namun berkaitan hadith ini, dia berseorangan membawakan khabar dari perawi tsiqah memberi petunjuk bhawa khabar ini palsu sepertimana yang disebutkan oleh Abu hatim.
Al-Albani menyebutkan kebatilan hadith ini dengan bersandarkan perkataan Abu Hatim:
Kata al-Albani:
بل هو كذاب ، وهو الذي افتعل هذا الإسناد الصحيح وركبه على هذا الحديث الباطل
Bahkan hadith ini adalah palsu, dia (al-Halabi) telah mencipta sanad yang sahih lalu memasangkannya kepada hadith yang batil ini…

Wallahu a'lam