Diangkat Ilmu,Yang Tinggal Jahil
DIANGKAT ILMU.. YANG TINGGAL JAHIL
Dalam riwayat Muslim daripada Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia bekata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
يتقارَبُ الزَّمان، ويُقْبَضُ العلم، وتَظْهَرُ الفِتَنُ، ويُلقى الشُّحُّ، ويَكْثر الهَرْج.
“Telah semakin dekat zaman dimana akan diangkat ilmu, fitnah berleluasa, penyakit kedekut akan dijatuhkan (dalam hati manusia), dan banyaknya ‘harj’ (pembunuhan)”.
Berkata Ibnu Baththaal rahimahullah :
وجميع ما تضمَّنَهُ هذا الحديث من الأشراط قد رأيناها، فقد نقص العلم، وظهر الجهل، وأُلْقِي الشحّ في القلوب، وعمّت الفتن، وكثرَ القتل.
“Seluruh tanda-tanda tentang hari kiamat yang terdapat dalam hadith ini telah kita lihat. Sesungguhnya, ilmu telah berkurang, kebodohan berleluasa, sifat kedekut telah dijatuhkan/dijangkitkan dalam hati (manusia), fitnah telah tersebarnya, dan pembunuhan banyak terjadi”.
Ibnu Hajar komen hal itu dengan berkata :
الذي يظهر أن الذي شاهده كان منه الكثير، مع وجود مقابله، والمراد من الحديث استحكام ذلك، حتى لا يبقى مما يقابله إلا النادر، وإليه الإشارة بالتعبير يقبض العلم، فلا يبقى إلا الجهل الصرف، ولا يمنع من ذلك وجودُ طائفة من أهل العلم، لأنهم يكونون حينئذ مغمورين في أولئك.
“Yang jelas, tanda-tanda hari kiamat yang disaksikannya itu memang sudah banyak terjadi, bersamaan dengan adanya realiti yang sebaliknya. Dan yang dimaksud oleh hadith adalah adanya hal-hal tersebut sehingga tidak tertinggal hal yang tidak seperti itu melainkan sedikit. Inilah yang diisyaratkan oleh hadith dengan ungkapan : ‘diangkatnya ilmu’; tidaklah tinggal/tersisa kecuali hanyalah kebodohan. Namun hal itu tidaklah menghalang untuk tetap adanya sekelompok ahli ilmu (ulama) di tengah umat, kerana pada waktu itu mereka tertutup oleh masyarakat yang bodoh akan ilmu agama”.
Asyraathus-Saa’ah karya Yusuf bin ‘Abdillah bin Yusuf Al-Waabil, hal. 131-136; Daar Ibnil-Jauziy
N.A.A
Madinah, KSA
Madinah, KSA
Ulasan
Catat Ulasan