Asuhan Akidah Keimanan Daripada Rasulullah

26 Jamadil Akhir 1436H
16 April 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Asuhan aqidah keimanan daripada Rasulullah SAW, menyentuh jiwa para remaja...
Ketika Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma masih kecil lagi, beliau mendapat tarbiyyah yang sangat berkesan melalui uslub tarbiyyah Baginda SAW...
عن عبدالله بن عباس رضي الله عنها قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما فقال: يا غلام إني أعلمك كلمات:احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، وإذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف
(رَواهُ التَّرمِذي)
Daripada Abdullah ibn Abbas RA yang berkata:
"Suatu hari ketika aku berada di belakang Rasulullah S.A.W , baginda bersabda: Wahai ghulam, sesungguhnya aku ingin mengajarkanmu perkataan-perkataan iaitu jagalah Allah sesungguhnya DIA akan menjaga kamu, jagalah Allah kamu akan dapati DIA menjagamu, apabila kamu ingin bertanya atau meminta sesuatu maka bertanya dan mintalah daripada-NYA. Dan ketahuilah bahawa sekiranya satu umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, tapi tidak mampu melaksanakannya jika ia tidak ditetapkan oleh Allah kepadamu. Begitu juga sekiranya satu umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melaksanakannya tanpa ketetapan daripada-NYA, telah terangkat qalam, dan telah tertulis dalam suhuf." (maknanya telah tetaplah apa yang ditentukan Allah ta'ala)
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
"Akulah penghulu manusia pada hari kiamat"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi SAW bersabda lg:
"Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat"
(Hadith Riwayat Muslim)
Nabi SAW menyatakan begini untuk menceritakan nikmat Allah SWT. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda SAW.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik"
(Hadith Riwayat Ahmad)
Semoga kita mendapat belas kasihan dan syafaat baginda pada hari kiamat nanti.
Justeru, perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM