Amalan Sunnah Pada Hari Jumaat

AMALAN SUNNAH PADA HARI JUMAAT:

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ »

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu anhu, bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma’at, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Juma’at.”

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak II/399 no. 3392, dan Al-Baihaqi di dalam Sunannya III/249 no. 5792)

DARJAT HADITH:
Hadith ini darjatnya SAHIH.

Al-Hakim berkata: “Isnad Hadith ini sahih, akan tetapi imam Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya”.

Sheikh Al Albani berkata: “Hadith ini sahih.”

Rujukan: Sahih Al-Jami’ no. 6470, dan Sahih At-Targhib wa At-Tarhib I/180 no.736

N.A.A
Madinah, KSA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayat Quran Berkaitan Kawan,Persahabatan Dan Persaudaraan

Seorang Yang Solat Pun Dicela Allah

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI MUSLIM